Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Kesan 4, satu operasi khas bagi memantau serta membanteras aktiviti pencatutan susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata langkah itu bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang secara tidak munasabah sehingga membebankan pengguna.
Pada sidang media mingguan kementeriannya, Rabu semalam, Fahmi menerangkan bahawa perlaksanaan operasi ini adalah bagi mengawal sebarang kenaikan harga yang tidak berpatutan dan melindungi hak pengguna.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar menyimpan nombor hotline KPDN dan segera membuat aduan sekiranya mengesan sebarang kenaikan harga agar tindakan segera dapat diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan.
Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi turut memaklumkan bahawa seramai 23.6 juta pengguna dijangka menikmati pengurangan bil elektrik selepas kadar tarif baharu mula berkuat kuasa semalam.
Menurutnya, tarif asas yang diperkenalkan adalah 19% lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini, dan pengguna yang menggunakan kurang daripada 1,000 kilowatt-jam (kWj) sebulan dijangka menerima bil elektrik yang kekal atau lebih rendah.
Antara perubahan ketara dalam struktur tarif baharu itu ialah pelarasan waktu puncak, yang kini ditetapkan antara jam 2 petang hingga 10 malam.
Dalam suasana ekonomi yang makin mencabar, jangan biar harga naik tanpa kawalan, tapi biar pendapatan anda terus naik setiap hari. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!