Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pelabur memulakan Januari dengan tumpuan kepada minit Mesyuarat FOMC, ditengah pasaran kripto kekal berhati-hati akibat kecairan rendah dan sensitiviti tinggi terhadap perkembangan makroekonomi.
Rizab Persekutuan dijangka memberikan petunjuk lanjut mengenai hala tuju dasar selepas pemotongan kadar ketiga pada 2025, dengan nada kurang hawkish yang memberi sokongan kepada pasaran pekerjaan.
Waima begitu, Fed juga mengurangkan jangkaan pemotongan kadar tambahan pada awal 2026, meningkatkan ketidakpastian bagi aset berisiko termasuk kripto.
Permodalan pasaran kripto susut, dengan Bitcoin dan Ethereum kekal di bawah paras psikologi utama, di tengah aliran keluar ETF dan volatiliti derivatif yang meningkat.
Selain minit FOMC, data pasaran buruh AS dan permulaan sesi dagangan 2026 dijangka menjadi pemacu utama turun naik pasaran dalam jangka terdekat.
Tarikh Mesyuarat FOMC 2026
Berikut ialah jadual rasmi mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) bagi tahun 2026. Mesyuarat akan berlangsung selama 2 hari dan keputusan kadar diumumkan pada hari kedua.
- 27–28 Januari 2026
- 17–18 Mac 2026
- 28–29 April 2026
- 16–17 Jun 2026
- 28–29 Julai 2026
- 15–16 September 2026
- 27–28 Oktober 2026
- 8–9 Disember 2026



























































