Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Presiden Donald Trump berkemungkinan membuat keputusan penting mengenai kepimpinan Federal Reserve seawal minggu hadapan, ketika pentadbirannya semakin hampir menamakan pengerusi baharu bank pusat Amerika Syarikat.
Menurut Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, proses pemilihan yang bermula sejak September kini telah dikurangkan daripada 11 calon kepada empat nama utama, yand dimana kesemuanya telah ditemui sendiri oleh presiden.
Pemilihan ini berlangsung dalam suasana tegang selepas Trump berulang kali mengkritik Jerome Powell kerana tidak bertindak pantas menurunkan kadar faedah. Perkara ini sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap campur tangan politik dalam dasar monetari.
Empat calon yang dipertimbangkan merangkumi gabungan tokoh dasar, bekas penggubal dasar monetari, serta pemain utama pasaran kewangan. Ini secara tidak langsung mencerminkan pilihan dasar yang berbeza-beza bagi hala tuju Fed.
Walaupun Powell bakal menamatkan tempohnya sebagai pengerusi pada Mei, status beliau sebagai ahli lembaga Fed masih terbuka yang menambah satu lagi lapisan ketidakpastian kepada landskap dasar monetari AS.





















































