Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Kerajaan Romania dilaporkan telah meluluskan kebenaran Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan pangkalan tentera milik mereka bagi menjalankan operasi ketenteraan di Iran.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat pegawai pertahanan yang ada diadakan di Bucharest, semalam.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Romania, Nicusor Dan itu bertujuan membincangkan permohonan AS untuk membenarkan pesawat mereka menjalankan misi berkenaan.
Menurut Romania Journal, permintaan tersebut melibatkan penempatan pesawat pejuang di Pangkalan Udara Mihail Kogalniceanu.
Dalam pada itu, pangkalan ini sememangnya sering menempatkan pesawat dan anggota tentera AS melalui perjanjian akses serta ruang udara bersama rakan sekutu.
Pangkalan udara Romania di Laut Hitam yang dirujuk sebagai ‘MK’ oleh tentera AS telah digunakan secara aktif oleh Washington sejak tahun 1999.
Sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu, banyak pangkalan luar negara telah dipertimbangkan oleh AS untuk memperkukuh kedudukan tentera di Timur Tengah.
Situasi ini turut meningkatkan trafik udara tentera AS di Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, serta pangkalan-pangkalan lain di United Kingdom (UK) dan Greece.

























































