• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Trading Bukan Judi: Jangan Pertaruhkan Akaun Pada Candle News

Trading Bukan Judi: Jangan Pertaruhkan Akaun Pada Candle News

14 August 2026
BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

6 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

6 November 2026
Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

5 November 2026
OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

5 November 2026
Korea Selatan Perluas Misi Tentera Laut di Timur Tengah

Korea Selatan Perluas Misi Tentera Laut di Timur Tengah

5 November 2026
Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

5 November 2026
BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

5 November 2026
Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

5 November 2026
Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

4 November 2026
Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

4 November 2026
Jurang Bon Jerman-Perancis Jadi Mimpi Ngeri Zon Eropah? Ini Rincian Terbaru

Dilema Frankfurt: Inflasi 4% Menuntut Tindakan, Namun Bon Perancis Kian Parah!

4 November 2026
OPR Akan Keluar Esok, Kekal 2.75% Atau Naik? 

OPR Akan Keluar Esok, Kekal 2.75% Atau Naik? 

4 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 6 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

    Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

    Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

    Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

    Jurang Bon Jerman-Perancis Jadi Mimpi Ngeri Zon Eropah? Ini Rincian Terbaru

    Dilema Frankfurt: Inflasi 4% Menuntut Tindakan, Namun Bon Perancis Kian Parah!

    Harga Emas Jatuh Bawah AS$3,950, Dolar AS Mengukuh

    Harga Emas Jatuh Bawah AS$3,950, Dolar AS Mengukuh

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

    BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

    Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

    BTC & XRP Masih Tertekan Selepas Insiden Binance

    BTC & XRP Masih Tertekan Selepas Insiden Binance

    Tekanan Kembali Melanda Kripto, BTC & XRP Perhati Paras Sokongan

    Tekanan Kembali Melanda Kripto, BTC & XRP Perhati Paras Sokongan

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

    BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Umum

Trading Bukan Judi: Jangan Pertaruhkan Akaun Pada Candle News

Team INTRADAY by Team INTRADAY
14 August 2026
in Artikel Umum
0
Trading Bukan Judi: Jangan Pertaruhkan Akaun Pada Candle News
246
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Dalam dunia trading, berita ekonomi berimpak tinggi seperti CPI, Non-Farm Payrolls (NFP), keputusan FOMC, PCE, GDP, Retail Sales dan PMI sering menjadi perhatian kerana mampu mencetuskan pergerakan besar dalam pasaran kewangan, termasuk XAU/USD.

Apabila sesuatu laporan bakal diterbitkan, trader biasanya akan membuat jangkaan berdasarkan data ekonomi dan konsensus pasaran. Jika data dijangka lebih lemah, ada yang menjangkakan USD akan melemah dan emas berpotensi mengukuh. Jika data dijangka lebih kukuh, sebahagian trader pula menjangkakan reaksi sebaliknya.

Analisis seperti ini sememangnya sebahagian daripada proses trading.

Namun, masalah mula berlaku apabila trader menganggap mereka sudah mengetahui apa yang akan berlaku hanya kerana mereka memahami hubungan antara sesuatu data dengan market.

Hakikatnya, kita boleh membuat jangkaan terhadap data, tetapi kita tidak boleh mengetahui dengan pasti bagaimana market akan bertindak sebaik sahaja data itu diterbitkan.

Dan perbezaan inilah yang perlu difahami oleh setiap trader.

Menjangka Arah Tidak Sama Dengan Mengetahui Reaksi Market

Sebagai contoh, seorang trader mungkin menjangkakan laporan inflasi yang lebih tinggi daripada ramalan akan memberi tekanan kepada emas. Berdasarkan fundamental, pandangan tersebut mungkin mempunyai asas yang munasabah.

Tetapi apabila data sebenar keluar, market boleh memberikan reaksi yang jauh lebih kompleks.

XAU/USD mungkin jatuh dengan pantas, kemudian melakukan reversal. Ia juga boleh melonjak terlebih dahulu sebelum jatuh semula. Dalam keadaan tertentu, market boleh bergerak kedua-dua arah dalam tempoh yang sangat singkat sebelum menentukan hala tuju yang lebih jelas.

Mengapa?

Kerana market bukan hanya melihat angka yang baru diterbitkan. Peserta pasaran turut mempertimbangkan angka sebenar berbanding jangkaan, data terdahulu, positioning, jangkaan kadar faedah dan bagaimana keseluruhan laporan tersebut mengubah pandangan terhadap ekonomi serta dasar monetari.

Sebab itu, mengetahui bahawa sesuatu data secara teori boleh menjadi bullish atau bearish tidak bermaksud kita mengetahui candle seterusnya akan bergerak ke mana.

Di sinilah ramai trader terperangkap.

Apabila Trading Bertukar Menjadi Meneka?

Bayangkan laporan ekonomi baru sahaja diterbitkan.

Dalam beberapa saat, XAU/USD melonjak.

Seorang trader yang sudah menjangkakan data tersebut akan menyokong emas terus menekan BUY. Harga terus bergerak dan floating profit muncul.

Trader itu bersorak.

Screenshot diambil.

Video dirakam.

Tetapi beberapa saat kemudian, harga berpatah balik dengan agresif.

Profit hilang.

Posisi bertukar menjadi loss.

Dalam keadaan tertentu, trader yang menggunakan leverage terlalu tinggi mungkin terus menambah posisi kerana yakin market akan kembali mengikut jangkaan asal. Jika reversal berterusan, kerugian boleh menjadi semakin besar sehingga akaun berdepan margin call atau stop-out.

Persoalannya bukan sama ada trader tersebut akhirnya profit atau loss.

Persoalan yang lebih penting ialah:

Adakah keputusan untuk masuk tadi dibuat berdasarkan setup yang jelas, atau hanya berdasarkan tekaan terhadap reaksi market?

Jika entry dibuat semata-mata kerana “data macam ini sepatutnya buat gold naik”, sedangkan trader tidak mempunyai confirmation daripada price action atau setup yang telah dirancang, maka keputusan tersebut semakin bergantung kepada nasib.

Dan apabila keputusan kewangan mula bergantung kepada nasib, kita perlu berhenti dan bertanya semula:

Apa bezanya dengan berjudi?

Trading Bukan Judi

Trading sepatutnya berbeza daripada perjudian kerana trader membuat keputusan berdasarkan analisis, kebarangkalian, sistem dan pengurusan risiko.

Seorang trader tidak perlu mengetahui masa depan.

Tiada siapa mampu mengetahui dengan tepat apa yang akan dilakukan oleh market setiap kali news keluar.

Apa yang trader boleh lakukan ialah membina satu proses yang memberikan kelebihan dalam jangka panjang.

Sebab itu, trade yang profit tidak semestinya membuktikan keputusan tersebut betul.

Jika seseorang menekan BUY secara rawak sebelum satu news dan kebetulan harga naik, dia memang mendapat profit. Tetapi profit tersebut tidak membuktikan bahawa prosesnya mempunyai kelebihan.

Begitu juga jika seorang trader membuat analisis yang baik tetapi trade tersebut mengalami loss. Satu kerugian tidak semestinya bermaksud proses tersebut salah.

Dalam trading, kita perlu menilai kualiti keputusan, bukan hanya hasil satu trade.

Inilah mindset yang membezakan trader dengan orang yang sekadar mencuba nasib.

Jangan Kejar Candle Pertama

Antara kesilapan paling biasa ketika news ialah mengejar candle pertama.

Harga tiba-tiba melonjak. Candle menjadi besar. Market bergerak laju.

Trader takut tertinggal.

Lalu BUY.

Atau harga jatuh dengan pantas.

Trader takut terlepas peluang.

Lalu SELL.

Masalahnya, pada saat tersebut trader mungkin belum mempunyai cukup maklumat untuk mengetahui sama ada pergerakan itu benar-benar akan berterusan atau hanya merupakan reaksi sementara.

Candle pertama boleh menjadi permulaan trend.

Tetapi ia juga boleh menjadi liquidity sweep, spike atau permulaan kepada reversal.

Kita tidak tahu sehingga market menunjukkan lebih banyak maklumat.

Sebab itu menunggu confirmation bukan bermaksud trader pengecut.

Sebaliknya, ia menunjukkan trader memahami bahawa tidak semua pergerakan perlu diteka.

Kadang-kadang lebih baik membiarkan market bergerak terlebih dahulu dan kemudian membuat keputusan berdasarkan apa yang benar-benar berlaku.

Trader Kena Fighter, Tetapi Fighter Yang Ada Disiplin

Dalam bahasa trader, kita selalu dengar:

“Trader kena fighter.”

Ya.

Tetapi menjadi fighter bukan bermaksud kita perlu melawan setiap pergerakan market.

Fighter yang sebenar tahu bila perlu bertarung dan bila perlu berundur.

Dia sanggup menunggu setup yang jelas.

Dia sanggup menerima bahawa satu peluang mungkin terlepas.

Dia sanggup cut loss apabila setup sudah tidak valid.

Dia tidak revenge trade hanya kerana baru mengalami kerugian.

Dan dia tidak mempertaruhkan seluruh akaun hanya untuk membuktikan bahawa ramalannya betul.

Dalam trading, ada masa kita fight.

Ada masa kita tunggu.

Ada masa kita walk away.

Itu bukan tanda kita takut.

Itu tanda kita faham bahawa modal kita lebih penting daripada satu trade.

Seorang fighter tidak perlu menang setiap battle. Yang penting, dia tidak membiarkan satu battle memusnahkan keupayaannya untuk bertarung pada hari berikutnya.

Jangan Jadikan Profit Sebagai Bukti Bahawa Anda Betul

Perkara ini juga penting dalam era media sosial.

Kita mungkin melihat trader menunjukkan screenshot floating profit yang besar ketika news. Kita mungkin melihat video ketika XAU/USD sedang bergerak ratusan point dan trader kelihatan begitu yakin dengan posisi mereka.

Tetapi beberapa saat selepas itu, keadaan boleh berubah.

Market boleh reverse.

Floating profit boleh hilang.

Trade boleh bertukar menjadi loss.

Sebab itu satu screenshot profit tidak cukup untuk membuktikan seseorang mempunyai proses trading yang baik.

Kita tidak tahu berapa besar risiko yang diambil.

Kita tidak tahu saiz leverage.

Kita tidak tahu apa yang berlaku sebelum dan selepas screenshot tersebut.

Lebih penting, kita tidak tahu sama ada keputusan itu dibuat berdasarkan sistem atau sekadar nasib.

Jangan ukur kejayaan trading berdasarkan satu candle. Ukur berdasarkan kemampuan untuk membuat keputusan yang baik secara konsisten.

Peluang Akan Sentiasa Datang

CPI akan datang lagi.

NFP akan datang lagi.

FOMC akan datang lagi.

PCE akan datang lagi.

Begitu juga GDP, PMI, Retail Sales dan pelbagai lagi data yang boleh menggerakkan market.

Jadi kita tidak perlu memaksa diri untuk mengambil setiap peluang.

Kalau terlepas satu candle, biarkan.

Kalau terlepas satu trade, biarkan.

Kalau market bergerak tanpa kita, biarkan.

Market tidak akan kehabisan peluang.

Tetapi akaun boleh kehabisan modal.

Dan apabila modal sudah habis kerana satu trade yang terlalu berisiko, kita bukan sahaja kehilangan wang. Kita kehilangan peluang untuk mengambil setup yang lebih baik pada masa akan datang.

Itulah sebabnya trader perlu belajar membezakan antara peluang dan godaan.

Tidak semua candle besar adalah peluang.

Tidak semua news perlu ditrade.

Dan tidak semua pergerakan yang pantas perlu dikejar.

Jangan Trade Untuk Membuktikan Anda Betul

Salah satu perangkap psikologi terbesar dalam trading ialah keinginan untuk membuktikan ramalan kita betul.

Kita sudah berkata gold akan naik.

Maka kita mahu market naik.

Apabila market bergerak bertentangan, kita mula mempertahankan analisis.

Tambah posisi.

Besarkan lot.

Tukar stop loss.

Akhirnya, kita bukan lagi mengurus trade.

Kita sedang mempertahankan ego.

Trader yang matang tidak mempunyai masalah untuk berkata:

“Analisis aku salah.”

Dan dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkata:

“Aku tak tahu. Jadi aku tunggu.”

Dua ayat ini mungkin kelihatan mudah, tetapi ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

Kesimpulan: Jangan Jadikan Trading Sebagai Permainan Nasib

Trading bukan tentang siapa paling berani menekan BUY atau SELL ketika news.

Trading bukan tentang siapa paling cepat menangkap candle.

Dan trading bukan tentang siapa paling besar profit dalam beberapa saat.

Trading adalah tentang membuat keputusan berdasarkan proses yang mempunyai asas, mengurus risiko apabila keputusan itu salah dan terus memperbaiki diri dari satu trade ke trade yang seterusnya.

Kita boleh membuat analisis terhadap CPI, NFP, FOMC, PCE, GDP atau mana-mana berita ekonomi.

Kita boleh membuat jangkaan terhadap arah market.

Tetapi kita tidak pernah mempunyai kawalan penuh terhadap reaksi market selepas laporan diterbitkan.

Jadi jangan masuk hanya kerana kita rasa market akan naik.

Jangan SELL hanya kerana kita rasa market akan jatuh.

Dan jangan pertaruhkan akaun hanya kerana kita mahu membuktikan ramalan kita betul.

Tunggu market tunjukkan. Tunggu setup. Tunggu confirmation.

Trader kena fighter.

Tetapi fighter yang sebenar bukan orang yang melawan market tanpa henti.

Fighter sebenar tahu bila perlu bertarung, bila perlu menunggu dan bila perlu berundur.

Kerana matlamat trading bukan untuk bernasib baik hari ini.

Matlamatnya adalah untuk terus berada dalam permainan sehingga esok, minggu depan dan bertahun-tahun akan datang.

Trading bukan judi. Jangan jadikan akaun anda tempat untuk menguji nasib.

Tags: BearishbullishCPIfomcFOMOforexGAMBLEnewsNFPPCE
ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

by Team INTRADAY
30 October 2026
0

Berita besar sudah keluar. Sekarang masa untuk bedah reaksi pasaran. Malam ini, sertai Intraday Education secara bersemuka untuk sesi perbincangan...

Aset Kripto Boleh Hilang Jika Tiada Perancangan Pewarisan!

Aset Kripto Boleh Hilang Jika Tiada Perancangan Pewarisan!

by Team INTRADAY
20 October 2026
0

Perancangan pewarisan mata wang kripto semakin penting apabila aset digital menjadi sebahagian daripada kekayaan pelabur. Tanpa maklumat akses dan arahan...

8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Hari ini, nama seperti Warren Buffett, Bill Gates dan Elon Musk sering dikaitkan dengan kekayaan luar biasa serta kejayaan dalam...

Skandal Kewangan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

Skandal Kewangan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, negara telah melalui beberapa episod kontroversi kewangan yang melibatkan syarikat kerajaan, institusi kewangan dan...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

5 November 2026
Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

5 November 2026
Trump Tewas, Pasaran Dunia Bergegar!

Trump Tewas, Pasaran Dunia Bergegar!

4 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

0
BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

0
OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

0
BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

6 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

6 November 2026
Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

5 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.