Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Tuntutan awal faedah pengangguran AS menurun sebanyak 5,000 kepada 227,000 bagi minggu berakhir 7 Februari, kurang daripada jangkaan 222,000, berdasarkan dapatn Jabatan Buruh.
Penurunan itu hanya membalikkan sebahagian kecil lonjakan minggu sebelumnya yang dikaitkan dengan ribut musim sejuk dan turun naik bermusim.
Walaupun pertumbuhan pekerjaan meningkat pada Januari dan kadar pengangguran turun kepada 4.3%, ahli ekonomi masih menggambarkan pasaran buruh sebagai berada dalam keadaan “low hire, low termination”.
Tuntutan berterusan meningkat 21,000 kepada 1.862 juta, mencerminkan cabaran dalam momentum pengambilan pekerja.
Walaupun tempoh pengangguran jangka panjang sedikit berkurang, tempoh median pengangguran kekal tinggi dengan graduan baharu antara kumpulan paling terjejas.
























































