5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (28 Feb – 4 Mac 2022)

716

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Dalam kekecohan krisis geopolitik yang menyebabkan sentimen pasaran berisiko dan mendorong dolar Australia mengalami penyusutan, pelabur akan turut memberi perhatian terhadap keputusan mesyuarat polisi oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dalam penetapan kadar faedah dan dasar monetarinya.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 11.00 Malam): Bacaan data tinjauan oleh ISM bagi sektor pembuatan untuk ekonomi terbesar dunia bakal diramalkan meningkat dan akan menyokong pergerakan mata wang US dolar dalam pasaran.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Bakal mengikuti langkah bank pusat England baru-baru ini, Bank of Canada (BOC) dijangka akan meningkatkan kadar faedah kepada 0.50% daripada paras 0.25% yang dikekalkan sebelum ini. Kadar faedah yang meningkat dijangka akan melonjakkan nilai dolar Kanada dalam pasaran.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Khamis 11.00 Malam): Tinjauan bagi sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat turut diramalkan sedikit meningkat menunjukkan perkembangan yang baik AS di permulaan tahun 2022.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Menjadi tumpuan pelabur sebelum menutup dagangan minggu ini, laporan NFP bakal memberi impak khususnya buat US dolar. Bacaan data dijangka bercampur dengan pertambahan pekerjaan di AS untuk bulan Februari diramalkan sedikit rendah berbanding bulan sebelumnya sementara kadar pengangguran diunjur menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat