5 Masalah Utama Dihadapi PM UK Rishi Sunak

398

Pada petang ini (pagi waktu UK), Rishi Sunak akan dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri baharu UK selepas Liz Truss.

Namun, dengan ‘kekacauan’ yang ditinggalkan pimpinan terdahulu, Sunak berdepan cabaran besar untuk menyelesaikannya.

  1. Ekonomi

– Cabaran utama buat Sunak adalah bagaimana beliau perlu bertindak dengan Jaminan Harga Tenaga, skim subsidi untuk membantu isi rumah dan perniagaan menghadapi bil gas dan elektrik yang lebih tinggi.

– Ekonomi berdepan risiko besar sekiranya krisis tenaga terus meningkat yang pastinya akan menyebabkan inflasi melonjak. Apakah langkah yang tepat perlu diambil Rishi Sunak?

  1. Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS)

– Dengan bilangan rekod menunggu untuk rawatan hospital dan ancaman mogok gaji menjelang musim sejuk yang hampir tiba, Sunak pastinya bergelut untuk menyelesaikan masalah ini.

– Hakikatnya Sunak bersedia untuk menaikkan sumbangan Insurans Nasional (yang kini dibatalkan) untuk meningkatkan pelaburan NHS dan menampung perbelanjaan kesihatan.

  1. Pekerja Mogok Disebabkan Gaji

– Puluhan ribu pekerja sedang mogok disebabkan kenaikan kos sara hidup kini tidak seiring dengan gaji.

– Perundangan untuk mengehadkan kesan mogok sudah dibincangkan, tetapi keutamaan untuk menyelesaikan isu ini mungkin bergantung kepada kawalan inflasi.

  1. Bantuan Pertahanan Dan Sokongan Pada Ukraine

– Dasar UK terhadap Ukraine tidak akan berubah walaupun di bawah Rishi Sunak.

-Namun, sokongan ketenteraan yang berterusan akan meningkatkan belanja dan ini menimbulkan ketidakpastian mengenai pendekatan Sunak terhadap perbelanjaan pertahanan.

  1. Protokol Ireland Utara

– Walaupun rundingan masih diteruskan, tetapi setakat ini belum ada resolusi yang dapat menyelesaikan pertikaian antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

– Sunak sebelum ini berjanji untu meneruskan rang undang-undang yang mengetepikan sebahagian besar protokol, tetapi keutamaannya adalah kompromi yang dirundingkan.

Daripada semua isu ini, apa langkah pertama yang akan diambil Rishi Sunak selepas rasmi menjadi Perdana Menteri UK?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat