5 Perkara yang Anda Perlu Tahu Pada Pembukaan Pasaran New York

46

Komoditi dalam tren menaik seperti minyak yang meningkat di atas paras $49 dan Trump menjelaskan perancangan hari pertamanya sebagai Presiden US. Ini akan menjadi tema utama dalam pasaran pada hari ini.

  • Komoditi kumprum (copper)

Industri logam menunjukkan tren menaik sekali lagi dengan peningkatan harga dalam indeks komoditi Bloomberg dengan rekod kenaikan tertinggi dalam masa tiga hari sejak bulan Mei yang lalu.

Kuprum (copper) khasnya meningkat pada hari kedua dan sedang menuju paras tertinggi yang pernah dicapai pada tahun 2015. Aud/Usd menguat selama dua hari berturut-turut sebagaimana Australia pengeluar kuprum terbesar dunia. Manakala besi dan keluli (iron ore and steel) juga turut meningkat.

Tin (timah) pula telah meningkat harganya sebanyak 40% tahun ini dan dijangkakan akan terus naik kerana kurangnya penawaran dalam pasaran. Emas pula meningkat sejak Isnin dan masih naik pada hari ini.

  • Harga Minyak naik

Harga minyak West Texas Intermediate bagi penghantaran Januari pula didagangkan pada $49.00 pada 5.00 petang tadi. Harga minyak mentah ini naik $5 setong sejak Jumaat berikutan keyakinan yang semakin tinggi terhadap pengurangan keluaran minyak. OPEC akan bermesyuarat di Vienna minggu hadapan bagi membincangkan isu pembekuan pengeluaran minyak mentah dunia.

  • Hari Pertama Trump

Donald Trump memberikan isyarat tentang beberapa polisi yang akan dibuat pada hari pertamanya sebagai Presiden US dalam video yang dimuatnaik ke Youtube semalam. Tidak mengejutkan, beliau mengatakan US akan menarik diri dari perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan hanya akan memeterai perjanjian bilateral dengan negara-negara lain.

  • Pasaran ekuiti terus menaik

Indeks MSCI Asia Pasifik naik 0.8 peratus dan indeks Topix di Jepun meningkat 0.3 peratus berikutan harga minyak yang terus naik. Di Eropah, Indeks Stoxx 600 naik 0.3 peratus berikutan kenaikan harga komoditi. S&P 500 pula naik 0.3 peratus.

  • Kenaikan Fed Fund Rate

Pengurangan cukai korporat menambahkan lagi potensi kenaikan kadar (Fed Fund Rate) pada Disember yang ketika ini semakin meningkat.

 

Komen Fischer Ini Menambahkan Lagi Sentimen Positif Ekonomi US

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat