6 Rangkaian Ini Paling Padu, Kalahkan Ethereum!

3,767

Cuba teka, seberapa banyak rangkaian yang lebih power daripada rangkaian Ethereum?

Data daripada firma pelaburan kripto, Electric Capital mendedahkan jawapannya adalah 6 rangkaian termasuk: Polkadot, Solana, NEAR Protocol, Binance Smart Chain (BSC), Avalanche, dan Terra.

Beberapa aspek ditimbang kira: kadar pertumbuhan rangkaian sejak bersiaran (atau perubahan terhadap kod teknologinya), dan jumlah pembangun sejak pelancaran.

Jika dibandingkan dengan Ethereum, jelas 6 rangkaian tersebut jauh lebih maju.

  • Solana, Avalanche, BSC, Terra
    • Empat rangkaian ini berkembang sebagai hub terbaru untuk aktiviti kewangan desentralisasi (DeFi).
    • Rangkaian ini menampung beberapa aplikasi; pinjaman peer-to-peer (P2P), pertukaran aset, dan transaksi.
    • Pergerakan harga token masing-masing menunjukkan peningkatan yang positif, sejajar dengan pertumbuhannya.
  • NEAR Protocol
    • Rangkaian ini telah berintegrasi dengan pelbagai elemen DeFi.
    • Pertembungan tersebut mendorong harga tokennya – NEAR mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $17.60 pada 4 Januari 2022.
  • Polkadot
    • Sebuah rangkaian yang terkenal dengan ekosistem yang luar biasa.
    • Keputusan kemenangan slot parachain pada akhir Disember 2021 telah meluaskan lagi ekosistemnya.
    • Pemenang parachain: Acala, Moonbeam, Astar, Parallel, Clover, dan Efinity.

Tetapi jika dibandingkan dengan usia blockchain, Ethereum masih memiliki ekosistem pembangun terbesar, disusuli dengan Polkadot, Cosmos, Solana, dan akhirnya, Bitcoin.

Menyentuh tentang Web 3.0, sememangnya tidak dapat disangkal yang Ethereum masih juara dengan rekod jumlah pembangun lebih 700 setiap bulan, berbanding rangkaian lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat