6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (13-17 Sept 2021)

1,605

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Sementara pergerakan mata wang Pound disokong oleh rancangan pelaksanaan cukai oleh PM Boris Johnson, laporan pekerjaan UK seterusnya akan menjadi tumpuan untuk penilaian terhadap kesihatan pasaran buruh di UK. Unjuran bacaan data yang kurang baik akan memberi tekanan terhadap Pound.

Data Inflasi AS (Selasa 8.30 Malam): Indeks harga pengguna Amerika Syarikat untuk bacaan bulan Ogos dijangka sedikit susut berbanding bulan sebelumnya berkemungkinan terkesan oleh penularan Covid-19 pada gelombang terbaru. Data yang menjadi tumpuan bank pusat ini akan mempengaruhi pergerakan US dolar dalam pasaran.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Selepas data pekerjaan, data inflasi UK juga akan turut menyusul pada minggu ini. Pasaran yang menjangkakan bacaan tahunan indeks harga pengguna UK akan mencatatkan angka yang meningkat bakal mempengaruhi keputusan penggubal polisi dalam penetapan dasar bank pusat selepas ini.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Kadar inflasi di Kanada mencatatkan peningkatan bagi bulan Julai, namun pelabur berkemungkinan tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat bacaan yang baik bagi bulan Ogos ekoran gelombang Covid-19 varian Delta yang kembali mengganas.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Dolar Aussie bakal berdepan tekanan ekoran ekonomi Australia diramalkan bakal kehilangan sekitar 80,000 pekerjaan selepas mencatatkan peningkatan yang lemah pada bulan sebelumnya sekitar 2,200 pekerjaan. Kadar pengangguran pula dijangka untuk meningkat.

Data Jualan Runcit AS (Khamis 8.30 Malam): Penularan Covid-19 yang menghadkan aktiviti ekonomi dilihat akan mendorong bacaan kadar jualan runcit yang merosot di Amerika Syarikat bagi bulan Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat