6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (8-12 Mei 2023)

538

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Selepas keputusan mesyuarat FOMC dan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat menjadi tumpuan minggu lalu, minggu ini data indeks harga pengguna pula akan diteliti. Adakah kadar inflasi akan berterusan catatkan angka yang menurun?

Data Inflasi China (Khamis 9.30 Pagi): Sesi Asia pada Khamis akan memberi perhatian terhadap terbitan data inflasi China untuk bulan April. Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, kesihatan ekonomi yang positif akan turut memberi kesan yang baik terhadap rantaian global dan begitu juga sebaliknya.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 7.00 Petang): Bank of England (BOE) dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat terbaru ke paras 4.50%. Kenyataan susulan yang bernada hawkish oleh bank pusat akan mendorong pengukuhan pada nilai dagangan Pound.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Khamis 8.30 Malam): Memberi indikasi terhadap inflasi pengguna, perubahan pada indeks harga pengeluar di AS akan turut mempengaruhi. Peningkatan bulanan pada inflasi pengeluar diramalkan positif untuk bulan April.

Data KDNK UK (Jumaat 2.00 Petang): Bacaan data pertumbuhan ekonomi UK akan memberi gambaran bagi kesihatan semasa negara itu. Angka yang memberangsangkan berkemungkinan boleh mendorong bank pusat meneruskan langkah pengetatan dasar untuk memerangi inflasi yang terlalu tinggi.

Data Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 10.00 Malam): Tinjauan terhadap keyakinan kewangan pengguna di AS akan memberi petunjuk terhadap tahap perbelanjaan dan perkembangan aktiviti ekonomi. Tiada perubahan besar akan dijangkakan pada terbitan angka terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat