AUD/USD Kembali Menurun Setelah Gagal Lepasi Kenaikan Pada Zon SBR 0.69400

230

Dagangan dolar Australia menunjukkan sedikit penurunan berbanding USD semalam dengan pasaran masih terkesan ekoran kebimbangan isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang berlanjutan.

Pelabur juga mula berwaspada menunggu keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia pada minggu hadapan. Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe sebelum ini menyatakan bahawa bank pusat akan mempertimbangkan untuk penurunan kadar faedah pada mesyuarat Jun ini.

Selain itu juga, data ekonomi domestik juga masih berada pada tahap yang membimbangkan terutamanya kadar pengangguran yang kembali meningkat pada laporan pekerjaan yang terbaru. Bank pusat turut menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK berdasarkan data penggunaan isi rumah dan penurunan pada harga hartanah.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD semalam, harga yang hampir mencecah paras ketinggian pada resistance 0.69400 pada zon SBR (support become resistance) itu kemudiannya kembali membuat penurunan ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Dagangan hari ini pula melihatkan harga kembali membuat sedikit kenaikan dan berjaya melepasi paras Magic Pivot 0.6922 hari ini dan hampir menyentuh paras resistance pada 0.6931 (MagicR1) sebelum kembali turun ke paras Magic Pivot semula.

Jika harga turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan penurunan harga akan menuju ke paras 0.69000 berhampiran paras support MagicS1 paad indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 0.68650 pada zon support yang diuji harga sebelum ini namun masih gagal ditembusi harga.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras 0.69400 akan cuba ditembusi harga untuk kenaikan ke paras lebih tinggi.

Paras ketinggian seterusnya berkemungkinan mencapai kenaikan sekitar resistance 0.6956 (MagicR3) atau lebih tinggi lagi menuju ke zon SBR pada 0.69700.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6905, 0.6896, 0.6880.

Paras resistance: 0.6931, 0.6947, 0.6956.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat