9 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (23-27 Oktober 2023)

808

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Pasaran akan meneliti kadar pengangguran terbaru di UK untuk menilai kesihatan semasa sektor buruh. Ramalan angka adalah kekal di paras 4.3%.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Selasa 4.00 Petang): Minggu penghujung bulan akan dihiasi dengan terbitan data PMI untuk petunjuk terhadap ekonomi semasa. Tumpuan terarah pada bacaan ekonomi Jerman dengan jangkaan tiada perubahan besar pada angka untuk bulan Oktober.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Selasa 4.30 Petang): Data sektor penting di UK ini masih kekal berada di bawah paras 50.0 mata yang menunjukkan penguncupan. Jika angka diterbitkan untuk Oktober lebih baik, Pound berpotensi untuk berlaku peningkatan nilai.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Selasa 9.45 Malam): Ramalan terhadap bacaan data ini untuk Amerika pada Oktober diramalkan sedikit suram berbanding bulan sebelumnya yang lebih baik. Namun, tidak dijangka perubahan besar pada angka yang bakal diterbitkan.

Data Inflasi Australia (Rabu 8.30 Pagi): Menjadi indikator penting buat bank pusat, indeks harga pengguna Australia untuk bulan Oktober dijangka meningkat dari paras 5.2% kepada 5.4%. Kenaikan pada kadar inflasi boleh mendorong bank pusat untuk mengetatkan polisi monetari.

Mesyuarat Polisi BOC (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada dijangka untuk mengekalkan kadar faedah di paras 5.00% untuk mesyuarat polisi yang terbaru minggu ini. Kenyataan susulan oleh gabenor akan dipantau pelabur untuk petunjuk dasar monetari selanjutnya.

Mesyuarat Polisi ECB (Khamis 8.15 Malam): Setelah pasaran terima isyarat yang suram oleh Presiden sebelum ini, keputusan mesyuarat polisi European Central Bank dinanti-nantikan pelabur. Ramalan majoriti adalah kadar faedah dikekalkan pada 4.50%.

Data KDNK AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan awal pertumbuhan ekonomi Amerika bagi suku ketiga adalah kritikal untuk diperhatikan. Ramalan pertumbuhan melonjak kepada 4.3% daripada 2.1% sebelumnya.

Data Indeks Harga PCE AS (Jumaat 8.30 Malam): Penutup dagangan minggu ini, pelabur akan disajikan dengan komponen data inflasi untuk menilai perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika. Turut menyusul adalah data tinjauan keyakinan pengguna yang akan memacu pergerakan US dolar di sesi terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat