• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?

Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?

3 September 2026
Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

3 September 2026
Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Malam Ini Bakal Ubah Trend?

Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Malam Ini Bakal Ubah Trend?

3 September 2026
Unifi & U Mobile Jalin Kerjasama, Ada Perubahan Ke?

Unifi & U Mobile Jalin Kerjasama, Ada Perubahan Ke?

3 September 2026
Kontrak 20 Tahun Jadi Pemangkin Baharu Buat KJTS Group

Kontrak 20 Tahun Jadi Pemangkin Baharu Buat KJTS Group

3 September 2026
UMNO Mahu PRU Diawalkan – Zahid Hamidi

UMNO Mahu PRU Diawalkan – Zahid Hamidi

3 September 2026
IPO Malaysia: 16 Syarikat Bakal Masuk Bursa

IPO Malaysia: 16 Syarikat Bakal Masuk Bursa

3 September 2026
Ringgit Mengukuh Menjelang Keputusan OPR 

Ringgit Mengukuh Menjelang Keputusan OPR 

3 September 2026
Baki Bekalan Baja Dihantar Hari Ini, Tertangguh Akibat Kelewatan – Mat Sabu

Baki Bekalan Baja Dihantar Hari Ini, Tertangguh Akibat Kelewatan – Mat Sabu

3 September 2026
XRP Hilang Momentum Selepas Rally Besar?

XRP Hilang Momentum Selepas Rally Besar?

3 September 2026
Ulasan Pasaran : GBP/JPY Jatuh, Yen Semakin Kukuh

Ulasan Pasaran : GBP/JPY Jatuh, Yen Semakin Kukuh

3 September 2026
Bitcoin Dalam Fasa Penentuan: Pulih Atau Terus Susut?

Bitcoin Dalam Fasa Penentuan: Pulih Atau Terus Susut?

3 September 2026
Pengumuman OPR Hari Ini: 2.75% Kekal Atau Naik?

Pengumuman OPR Hari Ini: 2.75% Kekal Atau Naik?

3 September 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Thursday, 3 September 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Malam Ini Bakal Ubah Trend?

    Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Malam Ini Bakal Ubah Trend?

    Ulasan Pasaran : GBP/JPY Jatuh, Yen Semakin Kukuh

    Ulasan Pasaran : GBP/JPY Jatuh, Yen Semakin Kukuh

    Pengumuman OPR Hari Ini: 2.75% Kekal Atau Naik?

    Pengumuman OPR Hari Ini: 2.75% Kekal Atau Naik?

    Emas Mendaki Tinggi, USD Lemah Akibat Berita Intervensi Yen

    Emas Mendaki Tinggi, USD Lemah Akibat Berita Intervensi Yen

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kini Berubah Arah? Trader Kini Tunggu NFP!

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kini Berubah Arah? Trader Kini Tunggu NFP!

    Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

    Dihimpit Perang Tarif & Inflasi: Kenapa Kanada Pilih ‘Tunggu & Lihat’?

    Pasaran Bon Global Melonjak Tinggi! Jangkaan Pengetatan Dasar Bakal Berlaku?

    Pasaran Bon Global Melonjak Tinggi! Jangkaan Pengetatan Dasar Bakal Berlaku?

    Harga Minyak Junam Bawah $100 Setong, Pasaran Nilai Perkembangan Selat Hormuz

    UAE Bebas Dari OPEC, Tapi Kenapa Harga Minyak Masih Mahal?

    Patuh Arahan Trump! Venezuela Gandakan Pengeluaran Minyak

    Patuh Arahan Trump! Venezuela Gandakan Pengeluaran Minyak

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Mengukuh Menjelang Keputusan OPR 

    Ringgit Mengukuh Menjelang Keputusan OPR 

    Pengumuman OPR Hari Ini: 2.75% Kekal Atau Naik?

    Pengumuman OPR Hari Ini: 2.75% Kekal Atau Naik?

    Harga Minyak Jadi Tekanan Baharu Buat Ringgit

    Harga Minyak Jadi Tekanan Baharu Buat Ringgit

    Ringgit Tertekan, Hasil Bon AS Cecah 5.25%

    Ringgit Tertekan, Hasil Bon AS Cecah 5.25%

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kembali Bergolak! AS Iran, Fed & NFP Kini Jadi Risiko Utama

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kembali Bergolak! AS Iran, Fed & NFP Kini Jadi Risiko Utama

    AUD Makin Ganas, GBP Mula Goyang!

    AUD Makin Ganas, GBP Mula Goyang!

    Ringgit Dibuka Tinggi, Pasaran Tunggu Isyarat Fed

    Ringgit Dibuka Tinggi, Pasaran Tunggu Isyarat Fed

    Ringgit Stabil Selepas Laporan PCE, Pasak RM4.02 Berbanding USD

    Ringgit Stabil Selepas Laporan PCE, Pasak RM4.02 Berbanding USD

    Ringgit Dapat ‘Boost’ Ketika Hasil Bon AS Menurun

    Ringgit Dapat ‘Boost’ Ketika Hasil Bon AS Menurun

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

    Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

    XRP Hilang Momentum Selepas Rally Besar?

    XRP Hilang Momentum Selepas Rally Besar?

    Bitcoin Dalam Fasa Penentuan: Pulih Atau Terus Susut?

    Bitcoin Dalam Fasa Penentuan: Pulih Atau Terus Susut?

    Minit FOMC Jadi Perhatian! Isyarat Fed Dijangka Tentukan Sentimen Kripto

    Bitcoin Gagal Tembus $79K! Bedilan Peluru Berpandu A.S.-Iran Punca Kripto ‘Berdarah’?

    4 Negara Mula Perketatkan Peraturan Kripto Minggu Ini

    4 Negara Mula Perketatkan Peraturan Kripto Minggu Ini

    Pelabur Rugi $4.7 Bilion Dalam Projek Kripto Trump!

    Pelabur Rugi $4.7 Bilion Dalam Projek Kripto Trump!

    Bitcoin Susut Ke $77,000, Konflik AS-Iran Kembali Tekan Pasaran

    Bitcoin Susut Ke $77,000, Konflik AS-Iran Kembali Tekan Pasaran

    Analisa XRP: Mampukah Harga Tembusi AS$1.40?

    Analisa XRP: Mampukah Harga Tembusi AS$1.40?

    ‘Strategy’ Kembali Borong Bitcoin Selepas 10 Minggu!

    ‘Strategy’ Kembali Borong Bitcoin Selepas 10 Minggu!

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Kontrak 20 Tahun Jadi Pemangkin Baharu Buat KJTS Group

    Kontrak 20 Tahun Jadi Pemangkin Baharu Buat KJTS Group

    IPO Malaysia: 16 Syarikat Bakal Masuk Bursa

    IPO Malaysia: 16 Syarikat Bakal Masuk Bursa

    Saham Zetrix AI Terjun 50%, Kejatuhan Cetus Tanda Tanya?

    Saham Zetrix AI Terjun 50%, Kejatuhan Cetus Tanda Tanya?

    Saham Nvidia Melonjak, Nilai Pasaran Cecah $5.5 Trilion!

    Saham Nvidia Melonjak, Nilai Pasaran Cecah $5.5 Trilion!

    Keuntungan Prudential Malaysia Melonjak 59%!

    Keuntungan Prudential Malaysia Melonjak 59%!

    Sports Toto Labur RM17 Juta Dalam Bon Patuh Syariah

    Sports Toto Labur RM17 Juta Dalam Bon Patuh Syariah

    Dell Dalam Radar Pelabur, Dijangka Catat Prestasi Kukuh

    Dell Dalam Radar Pelabur, Dijangka Catat Prestasi Kukuh

    Moderna Umum Vaksin Kanser Positif, Saham Meletup 160%!

    Moderna Umum Vaksin Kanser Positif, Saham Meletup 160%!

    Hartanah Australia Merosot Tapi Saham Pemaju Melonjak 16%?

    Hartanah Australia Merosot Tapi Saham Pemaju Melonjak 16%?

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
3 September 2026
in Gaya Hidup
0
Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?
43
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Bagi generasi terdahulu, membeli rumah sering dianggap antara pencapaian kewangan paling penting apabila sudah mempunyai pekerjaan tetap. Rumah memberi tempat tinggal sendiri, manakala bayaran pinjaman setiap bulan perlahan-lahan membina ekuiti sehingga hartanah itu selesai dibayar.

Namun bagi Gen Z, persoalannya semakin kompleks.

Harga rumah yang tinggi, tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun, kadar faedah, kos penyelenggaraan dan keperluan menyediakan wang pendahuluan menyebabkan keputusan membeli rumah perlu dinilai bersama kedudukan aliran tunai seseorang.

Persoalannya, jika seorang Gen Z memilih untuk terus menyewa dan tidak membeli rumah, adakah dia sebenarnya melakukan kesalahan kewangan?

Syed Beli Rumah RM400,000

Bayangkan dua individu berumur 25 tahun dengan pendapatan dan gaya hidup yang hampir sama. Syed memilih membeli sebuah rumah berharga RM400,000, di pinggir Kuala Lumpur.

Jika pembiayaan bank sebanyak 90%, dia perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM40,000 untuk wang pendahuluan. Jumlah tunai awal boleh menjadi lebih besar selepas mengambil kira kos guaman, duti setem, penilaian dan kos berkaitan transaksi, bergantung kepada kelayakan pengecualian atau promosi yang diterima. Intraday ada mengupas isu ini dalam artikel terdahulu, Kenapa Gen Z Tak Berminat Beli Rumah.

Dengan pinjaman RM360,000 untuk tempoh 35 tahun, ansuran bulanannya boleh berada sekitar RM1,600 hingga RM1,800 bergantung kepada kadar pembiayaan.

Komitmen sebenar rumah pula tidak berhenti pada ansuran bank. Bagi hartanah strata, pemilik mungkin perlu membayar yuran penyelenggaraan dan sinking fund. Pemilik turut menanggung cukai taksiran, cukai tanah atau cukai petak, insurans serta kos membaiki rumah.

Sebagai contoh mudah, jumlah kos memiliki rumah itu boleh menghampiri RM2,000 sebulan.

Kelebihannya, sebahagian daripada bayaran pinjaman digunakan untuk mengurangkan baki hutang. Apabila nilai rumah meningkat dan baki pinjaman semakin kecil, pemilik membina ekuiti. Pada penghujung tempoh pinjaman, Syed mempunyai sebuah hartanah yang sudah habis dibayar.

Danial Pilih Menyewa

Danial pula membuat keputusan berbeza. Daripada membeli rumah, dia menyewa kediaman yang lebih dekat dengan tempat kerjanya pada kadar RM1,500 sebulan. Dia tidak perlu menyediakan RM40,000 sebagai deposit pembelian rumah dan komitmen tempat tinggalnya lebih rendah berbanding Syed.

Tetapi ada satu syarat penting. Wang yang dijimatkan itu perlu digunakan untuk membina aset lain.

Sebagai contoh, RM40,000 yang sepatutnya digunakan sebagai deposit rumah dilaburkan. Perbezaan RM500 daripada kos bulanan pemilikan rumah pula dilaburkan setiap bulan.

  • Jika portfolio tersebut memberikan purata pulangan 6% setahun untuk tempoh panjang, kesan faedah kompaun boleh menjadi besar.
  • Deposit RM40,000 yang dibiarkan berkembang selama 25 tahun pada kadar 6% setahun secara teori boleh meningkat kepada sekitar RM172,000.
  • Jika tambahan RM500 dilaburkan setiap bulan sepanjang tempoh sama pada pulangan purata 6%, nilainya secara kasar boleh menghampiri RM350,000.

Digabungkan, portfolio tersebut boleh melebihi RM500,000 menjelang umur 50 tahun.

Angka ini hanyalah ilustrasi. Pulangan pelaburan tidak dijamin, manakala kadar sewa, harga rumah, kadar pembiayaan dan kos pemilikan turut berubah sepanjang tempoh tersebut.

Tetapi Penyewa Ada Satu Risiko Besar

Masalah timbul apabila Danial tidak melaburkan perbezaan tersebut.

RM40,000 yang tidak digunakan sebagai deposit mungkin akhirnya dibelanjakan. Lebihan RM500 setiap bulan pula hilang kepada kereta, telefon, percutian atau perbelanjaan harian.

Selepas 25 tahun, Syed mungkin mempunyai ekuiti hartanah yang besar. Danial pula masih menyewa tanpa portfolio pelaburan yang kukuh.

Di sinilah membeli rumah mempunyai satu kelebihan yang sering terlepas pandang: pinjaman perumahan boleh bertindak sebagai satu bentuk simpanan paksa.

Setiap bulan pemilik perlu membayar bank. Walaupun sebahagian bayaran awal digunakan untuk kos faedah, baki prinsipal tetap berkurang sepanjang tempoh pembiayaan.

Membeli Rumah Juga Ada Kos Peluang

Namun memiliki rumah tidak semestinya menjadikan seseorang lebih kaya.

Jika RM40,000 digunakan sebagai deposit, wang tersebut tidak lagi mudah digunakan untuk pelaburan lain, modal perniagaan atau dana kecemasan. Dalam ekonomi, perkara ini dikenali sebagai opportunity cost atau kos peluang.

Lebih penting, kenaikan harga hartanah tidak berlaku pada kadar sama di semua lokasi.

Rumah RM400,000 yang dibeli hari ini mungkin meningkat nilainya dengan baik jika berada di kawasan yang mempunyai permintaan kukuh. Hartanah di lokasi dengan bekalan berlebihan pula boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk mencatat kenaikan harga yang bermakna.

Pemilik juga perlu mengambil kira kos menjual hartanah sebelum menganggap keseluruhan kenaikan harga sebagai keuntungan.

Penyewa Pula Berdepan Inflasi Sewa

Strategi menyewa juga mempunyai kelemahannya. Sewa RM1,500 hari ini tidak semestinya kekal RM1,500 untuk 20 atau 30 tahun.

Apabila kadar sewa meningkat, kelebihan aliran tunai yang dinikmati penyewa boleh semakin mengecil. Penyewa juga terdedah kepada keputusan pemilik untuk menjual rumah, menaikkan sewa atau tidak memperbaharui kontrak.

Sebaliknya, pemilik rumah mempunyai tahap kepastian tempat tinggal yang lebih tinggi selepas pembiayaan semakin matang dan akhirnya selesai.

Jadi, Siapa Menang Pada Umur 50?

Jawapannya bergantung kepada apa yang berlaku kepada wang mereka sepanjang 25 tahun.

Jika Syed membeli rumah pada harga munasabah, memilih lokasi yang mempunyai permintaan dan mampu mengekalkan ansuran tanpa menekan kewangan, rumah boleh menjadi komponen penting dalam pembinaan kekayaan.

Jika Danial menyewa dengan kos lebih rendah tetapi disiplin melaburkan deposit dan perbezaan komitmen setiap bulan, dia juga boleh membina kekayaan tanpa memiliki rumah.

Masalahnya bukan semata-mata sama ada seseorang beli atau tidak beli rumah.

Masalah sebenar muncul apabila seseorang memilih untuk tidak membeli rumah tetapi tidak membina sebarang aset sebagai gantinya.

Begitu juga, membeli rumah semata-mata kerana takut dianggap ketinggalan boleh menyebabkan seseorang terikat dengan komitmen 30 hingga 35 tahun yang terlalu besar berbanding pendapatan.

Bagi Gen Z, rumah perlu dinilai sebagai sebahagian daripada keseluruhan kedudukan kewangan seperti pendapatan, hutang, simpanan, mobiliti pekerjaan, rancangan keluarga dan aset lain yang dimiliki.

Jadi soalan yang lebih penting mungkin bukan, “Umur 30 tahun, kenapa masih belum beli rumah?”. Sebaliknya:

“Kalau anda memilih untuk tidak membeli rumah, aset apa yang sedang anda bina sebagai gantinya?”

Tags: beli rumahharga rumah klharga rumah mahalharga rumah murahkenapa genz tak beli rumahtips beli rumah
ShareTweetSend

Related Posts

Apa Beza Inflasi, Deflasi Dan Stagflasi?

Apa Beza Inflasi, Deflasi Dan Stagflasi?

by Team INTRADAY
2 September 2026
0

Pernah tak anda perasan harga barang semakin mahal, atau tiba-tiba sesetengah barang menjadi lebih murah?  Perubahan harga ini berkait rapat...

Gempa Di Semenanjung Berkait Dengan Sesar Aktif, Jelas MET

Gempa Di Semenanjung Berkait Dengan Sesar Aktif, Jelas MET

by Team INTRADAY
1 September 2026
0

Korang perasan tak, kebelakangan ini berita mengenai gempa bumi di Semenanjung Malaysia semakin mendapat perhatian?  Bila sebut sahaja gempa bumi...

Kenapa Bil Elektrik Makin Mahal Walaupun Tarif Tak Naik?

Kenapa Bil Elektrik Makin Mahal Walaupun Tarif Tak Naik?

by Team INTRADAY
1 September 2026
0

Ramai pengguna mengeluh apabila jumlah bil elektrik meningkat. Tetapi adakah ini bermaksud tarif elektrik sebenarnya naik? Isu bil elektrik sering...

Kuota BUDI95 Naik Semula 300L Sebulan

Kuota BUDI95 Naik Semula 300L Sebulan

by Team INTRADAY
1 September 2026
0

Pengguna BUDI95 kini boleh menikmati semula had kelayakan asas sebanyak 300 liter RON95 bersubsidi sebulan, berbanding 200 liter sebelum ini. ...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
RM1 Bilion Tak Disalur Kepada KKDW? Ini Respon MoF Kepada Akmal

RM1 Bilion Tak Disalur Kepada KKDW? Ini Respon MoF Kepada Akmal

2 September 2026
Emas Parah Tersungkur, Trump Kerah Tentera Udara Serang Tehran!

Emas Parah Tersungkur, Trump Kerah Tentera Udara Serang Tehran!

2 September 2026
4 Negara Mula Perketatkan Peraturan Kripto Minggu Ini

4 Negara Mula Perketatkan Peraturan Kripto Minggu Ini

2 September 2026
Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

0
UMNO Mahu PRU Diawalkan – Zahid Hamidi

UMNO Mahu PRU Diawalkan – Zahid Hamidi

0
Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?

Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?

0
Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

3 September 2026
Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Malam Ini Bakal Ubah Trend?

Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Malam Ini Bakal Ubah Trend?

3 September 2026
Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?

Gen Z: Tak Beli Rumah, Adakah Satu Kesalahan Kewangan?

3 September 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.