Abenomic Jadi Penentu Kepada Hala Tuju Yen

48

Dolar stabil di sesi Asia hari Jumaat, kembali pulih setelah jatuh sejak awal minggu ini dengan para pelabur menantikan data inflasi US yang menjadi tinjaun Fed untuk mengekalkan pendirian mereka menaikkan kadar faedah tahun ini.

Indeks US Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain stabil di paras 92.89, namun telah susut sekitar 0.8% sepanjang minggu ini.

Semalam Jabatan Buruh US melaporkan indeks harga pengeluar meningkat 0.4% pada September dan dalam unjuran tahun ke tahun, PPI naik 2.6%, paling tinggi sejak Februari 2012.

Ketua pegawai pelaburan di US Bank Wealth Management Montana, Bill Northey berkata, “PPI menunjukkan pentanda inflasi yang positif, sekurang-kurang pada pengeluaran, dan CPI mungkin akan menunjukkan hal yang sama”.

“Terdapat ransangan yang memberikan tekanan kepada inflasi, namun berdasarkan maklumat, kita perlu akui bahawa siri data ini tidak memberi apa-apa makna”, jelas beliau merujuk kepada kesan Taufan Harvey dan Irma yang telah menimpa sebahagian bandar di US sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau bagaimanapun, harapan untuk Fed menaikkan kadar faedah pada Disember mengurangkan kelemahan dolar. Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak 4 kali dalam kitaran pengetatan mereka yang bermula sejak akhir tahun 2015, dan dijangka akan meneruskannya sekali lagi tahun ini dan 3 kali tahun depan.

Dolar juga sedikit lemah berbanding yen dengan USD/JPY susut 0.4% sehingga hari ini kepada 112.20

Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda semalam berkata, bank pusat akan kekalkan kelonggaran pada dasar monetari walaupun US dan Eropah akan mula normalisasikan dasar mereka.

Kuroda berkata demikian dengan merujuk kepada pertumbuhan inflasi (0.5%) dan pendapatan yang masih perlahan walaupun ekonomi berkembang secara sederhana.

Dolar berjaya mengurangkan kerugian mereka berbanding yen pada hari Khamis selepas undian media menunjukkan parti Perdana Menteri Shinzo Abe akan kekal dengan 2/3 majorit dalam pilihan raya nanti, meyakinkan pelabur bahawa program Abenomics akan terus melemahkan matawang melalui dasar monetari dan perbelanjaan fiskal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat