Adakah ECB Akan Terus Kecewakan Matawang Euro?

440

Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) terus menjadi tumpuan pemain pasaran pada hari ini yang mengharapkan pengurangan dalam pembelian bon kecemasan bank pusat di tengah lonjakan inflasi yang tinggi dan pemulihan ekonomi yang kuat.

Setakat ini, ECB adalah salah satu bank pusat yang dovish. Pada pertemuan bulan Julai lalu, para pembuat dasar telah berjanji untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah lebih lama berikutan inflasi yang lemah dan kebimbangan pada varian delta.

Namun, tujuh minggu kemudian, kadar inflasi berada di tahap tertinggi 10 tahun. Walaupun varian delta menyebabkan banyak negara kembali melaksanakan sekatan, tetapi Zon Eropah dilihat berjaya mengekang penularan. Kes jangkitan di Jerman meningkat, tetapi kes baru di Perancis, Itali dan Sepanyol semakin rendah pada musim panas ini.

Eropah juga telah membuka semula sekatan dan menyaksikan peningkatan lebih baik dalam data ekonomi pada Mei, Jun dan Julai, tetapi momentum kenaikan kembali goyah pada Ogos, di mana hampir setiap laporan ekonomi di Zon Eropah menunjukkan pertumbuhan perlahan.

Melihat kepada inflasi sahaja, ia cukup untuk mendorong bank pusat mengurangkan pembelian aset. Namun, kebanyakan para pembuat dasar optimis bahawa pemulihan akan berterusan dan inflasi dilihat sebagai sementara, ditambah pula dengan ketidakpastian yang ditimbulkan delta, menyebabkan mereka tidak tergesa-gesa untuk menarik rangsangan.

Bagaimanapun, tidak seperti bank pusat lain, ECB mempunyai sedikit ruang untuk melakukan pengurangan. Ini kerana, mereka membeli bon di bawah Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) dan Program Pembelian Aset (APP).

Oleh itu, mereka boleh mengurangkan pembelian PEPP terlebih dahulu sebelum pembelian APP dikurangkan. Sekiranya PEPP dikurangkan, ia mungkin akan berkurang dari €80 bilion kepada €60 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat