Adakah Euro Akan Meneruskan Pengukuhan Selepas Mesyuarat ECB?

487

Euro meneruskan kenaikan pada sesi Eropah dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) dan ucapan Presiden Christine Lagarde mengenai pandangannya terhadap dasar monetari semasa.

Kebanyakan matawang utama lain juga turut mendaki lebih tinggi apabila US dolar kembali mencatatkan penurunan susulan pemulihan dalam pasaran saham AS yang menunjukkan peningkatan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan susut pada 93.04 setelah meraih pengukuhan di tahap tertinggi pada Rabu. Matawang euro kembali meningkat setelah terdapat laporan positif mengenai pembuat dasar yang menjadi lebih yakin terhadap prospek pemulihan ekonomi di rantau itu.

Bagaimanapun, pasaran akan menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap ucapan Christine Lagarde mengenai kadar pertukaran, ramalan baru bank pusat dan sebarang kenyataan mengenai pembelian bon pada masa akan datang yang dijangka akan mempengaruhi dagangan euro.

Sementara itu, pound sterling terus didagangkan di bawah tekanan dan berisiko walaupun mencatatkan sedikit peningkatan berikutan sentimen yang berubah positif.

Dagangan matawang pound mungkin akan terus terkesan memandangkan UK dan Kesauan Eropah (EU) akan mengadakan pertemuan pada hari ini. Setelah Britain secara tegas menyatakan bahawa ia akan bertindak di luar undang-undang antarabangsa dengan melanggar perjanjian Brexit, perunding EU berusaha untuk menangani isu ini.

EU boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah perjanjian dengan UK sekiranya rundingan pada hari ini tidak cukup untuk meyakinkan Brussels bahawa draf rang undang-undang yang diusulkan tidak akan melanggar komitmen yang telah dipersetujui sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat