Adakah GBP/USD Bakal Tembus Resistance $1.3900 Atau Jatuh Bawah $1.3800?

350

Mampukah Pound Sterling meneruskan pengukuhan yang dipaparkan pada minggu lalu?

Minggu lalu pelabur menyaksikan lonjakan Pound menuju penghujung minggu yang disokong oleh rancangan pelaksanaan cukai oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Pelabur juga meletakkan harapan terhadap Pound untuk bergerak kukuh pada minggu ini menjelang jangkaan keputusan hawkish pada mesyuarat dasar bank pusat England (BOE) pada minggu hadapan.

Namun sebelum mesyuarat, minggu ini pelabur akan memberi tumpuan kepada data tumpuan bank pusat yang akan diterbtikan iaitu laporan data pekerjaan UK pada Selasa dan data inflasi UK pada Rabu yang akan mempengaruhi pergerakan Pound.

Mengimbas pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu, harga yang bergerak membuat penurunan sejak awal minggu mencecah ke paras sekitar 1.37300 kembali paparkan peningkatan semula di penghujung minggu.

Kenaikan semula harga dilihat kembali menguji zon rintangan 1.39000 pada Jumaat lalu sebelum menutup dagangan penghujung minggu sedikit rendah di bawah zon tersebut.

Menyambung dagangan pada pembukaan pasaran awal minggu ini, harga susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal pergerakan bearish.

Paras 1.38000 dilihat akan menjadi tumpuan yang dijangkakan untuk menjadi zon sokongan untuk harga melonjak semula.

Kenaikan semula harga akan menguji zon rintangan 1.39000 bagi minggu ketiga berturut-turut yang masih menjadi benteng menghalang harga ke paras lebih tinggi.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga menuju ke zon rintangan tumpuan seterusnya pada 1.40000.

Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah berkemungkinan dengan pengukuhan US dolar, harga yang susut di bawah zon 1.38000 akan menuju paras support 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat