Adakah Ini Petanda Baik Untuk Laporan NFP?

749

US dolar menguat ketika ketidakpastian mengenai pakej rangsangan coronavirus AS kembali membelenggu para pelabur untuk melepaskan pegangan terhadap matawang berisiko yang turut dipengaruhi oleh sentimen tidak menentu dalam pasaran.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama, diniagakan meningkat pada 93.88.

Fokus utama pasaran kini terarah kepada penerbitan laporan pekerjaaan NFP pada malam ini setelah diperlihatkan dengan data ADP yang lebih baik daripada jangkaan, di mana terdapat 749,000 pertambahan dalam pekerjaan swasta.

Sementara tuntutan faedah pengangguran AS semakin berkurang dengan mencatatkan 837,000 pada minggu lepas. Bagaimanapun, pengurangan yang dicatatkan dilihat lemah berikutan angka yang dicatatkan tidak jauh daripada bacaan pada minggu sebelumnya sebanyak 873,000.

Dalam pada itu, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan pelan rangsangan $2.2 trilion pada malam Khamis walaupun Demokrat dan pentadbiran Trump masih bergelut untuk mencapai persetujuan.

Rang undang-undang tersebut seterusnya akan diserahkan kepada Senat, yang mana ia dijangkakan gagal memandangkan pentadbiran Trump memegang kuasa majoriti dalam dewan itu.

Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin meneruskan rundingan untuk pakej rangsangan coronavirus. Namun begitu, Pelosi kemudiannya memberitahu bahawa perbezaan antara Demokrat dan Republik atas isu bantuan negara dan tempatan masih lagi jauh untuk kesepakatan.

Dolar New Zealand kekal diniagakan menguat setelah mencecah tahap tertinggi satu minggu berbanding USD.

Sementara itu, dolar Aussie didagangkan stabil meskipun indeks PMI pembuatan menunjukkan kejatuhan pada September, tetapi pelabur mengabaikannya kerana mereka menantikan pemulihan lebih kuat pada Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat