Adakah Ini Petanda Kurang Baik Untuk Laporan NFP?

655

Ketika tumpuan pasaran masih terarah kepada proses pengiraan undi pilihan raya presiden di beberapa negeri utama, Jabatan Buruh Amerika Syarikat akan menerbitkan laporan pekerjaan NFP pada malam ini.

Pasaran menjangkakan pertumbuhan pekerjaan pada bulan Oktober adalah lebih perlahan daripada bulan-bulan sebelumnya berikutan kes Covid-19 yang masih menunjukkan peningkatan di Amerika Syarikat.

Ekonomi AS dijangka hanya akan membuat penambahan kecil dalam pekerjaan iaitu sebanyak 600,000 pekerjaan, menyusuli kenaikan sebanyak 661,000 pada September. Sementara kadar pengangguran AS pula diramalkan menurun daripada 7.9% kepada 7.7%.

Beberapa data berkaitan pekerjaan yang diterbitkan bulan ini keseluruhannya menunjukkan pertumbuhan yang bertambah baik dan hasil positif. Bagaimanapun, dapat dilihat bahawa sektor pekerjaan berkembang dengan lebih perlahan jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelumnya.

Ini dapat dilihat daripada data pekerjaan ADP yang diterbitkan pada Rabu memperlihatkan pekerjaan dalam sektor swasta AS hanya meningkat sebanyak 365,000 pada bulan Oktober daripada kenaikan 753,000 yang dicatatkan pada September.

Selain itu, komponen pekerjaan PMI bukan pembuatan ISM dilihat turun menjadi 50.1 daripada 51.8 bulan lalu, menunjukkan pertumbuhan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan masih lagi rendah.

Situasi ini berbeza pula dengan data komponen pekerjaan PMI pembuatan ISM yang menunjukkan peningkatan kepada 53.2 daripada 49.6 pada bulan sebelumnya.

Sementara jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas susut sedikit sebanyak 751,000 daripada 758,000 pada minggu lepas. Ini menjadikan purata tuntutan pengangguran selama 4 minggu merosot kepada 787,000 daripada bacaan 838,000 bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat