Adakah Pasaran Kripto Dalam Keadaan Bahaya? Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’!

1,798

Penganalisis kripto popular PlanB telah berkongsikan analisis pada hari ini susulan kejatuhan harga yang ketara dalam pasaran kripto. Ulasan beliau hadir ketika mata wang kripto terbesar di dunia menandakan kejatuhan mendadak daripada paras tertinggi 2022 padawal bulan ini. BTC kini didagangkan pada $40,000, kira-kira 20% di bawah paras tertinggi tahunanya, dan telah merosot lebih 40% daripada rekod tertinggi pada bulan November.

BTC telah sampai kepada paras sokongan di bawah pada $40,000 untuk sementara waktu. Namun begitu tahap sokongan terpenting atau senario terburuk adalah sekitar $24,000. Paras harga ini mewakili harga terendah yang boleh ditanggung oleh kebanyakan pemegang pasaran lama dan ianya dikira masih berdagang dalam keuntungan.

PlanB menolak kebimbangan bahawa BTC boleh merosot mendadak kepada $24,000. Untuk perkara tersebut, ia memerlukan sentimen negatif yang besar sehingga mampu mendorong kejatuhan ke tahap tersebut. Kali terakhir perkara ini berlaku adalah pada 2018 semasa berlakunya fork Bitcoin Satoshi Vision (BSV). Penciptaan hard fork pada tahun 2018 telah hampir pecah belah komuniti BTC.

Walaupun BTC nampaknya telah mencapai tahap sokongan pada $40,000, ia masih didagangkan dalam julat terhad yang dilihat bagi kebanyakan tahun. Pasaran kripto yang lebih luas, sebahagian besarnya, juga nampaknya mengikuti julat ini.

Pelbagai kebimbangan makroekonomi, ditambah dengan pengetatan monetari oleh bank pusat telah menjejaskan sentimen pasaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Pelabur juga bimbang dengan impak ekonomi hasil dari konflik Rusia-Ukraine sehinggakan harga minyak melonjak tinggi.

Setakat ini altcoin dilihat menujukkan presatasi lebih daripada BTC buat masa ini. Namun begitu, jumlah penguasaan pasaran altcoin menghampiri paras terendahnya tahun ini, pada 41%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat