Adakah Risiko Geopolitik Akan Terus Menghantui Pasaran Kewangan Hari Ini?

56

Yen terus mengukuh dalam sesi dagangan Asia hari Selasa berikutan suasana risiko geopolitik di wilayah Korea yang semakin tegang selepas Korea Utara menuduh US telah mengisytiharkan perang dan mengatakan mereka berhak untuk menambak jatuh mada-mana kapal pengebom startegi US walaupun mereka tidak berada di ruang udara Korea Utara.

Dolar stabil berbanding yen pada paras 111.62 pada jam 11.25 pagi selepas USD/JPY jatuh sehingga 0.63% daripada ketinggian 112.52 semalam.

Yen turut menguat berbanding matawang utama yang lain seperti sterling dan euro dengan pasangan matawang EUR/JPY jatuh 1.22% dan GBP/USD susut 0.84%.

Matawang Jepun terus mendapat permintaan yang tinggi selepas menteri luar negeri Korea Utara, Ri Yong Ho semalam berkata Presiden Trump telah mengisytiharkan perang ke atas mereka, dan Pyonyang mempunyai hak untuk mengambil tindakan selanjutnya, termasuk menembak jet pengebom US walaupun mereka tidak berada di ruang udara Korea Utara.

Jepun terkenal sebagai negara yang mempunyai pemberi kredit paling tinggi di dunia, dan pasaran sering menjangkakan pelabur-pelabur Jepun akan menarik semula dana pelaburan mereka di luar negara ketika krisis-krisis global berlaku, sekali gus menolak nilai Yen lebih tinggi. Walau bagaimanapun, persoalan utama, adakah aset Jepun akan kekal mendapat permintaan jika peperangan benar-benar melanda Asia?

Shin Kadota, ketua strategi di Barclays, Tokyo berkata, “Dolar kebiasannya jatuh apabila berlakunya ketegangan berkaitan dengan Korea Utara, namun adakah Federal Reserve akan menaikkan kadar pada bulan Disember kekal menjadi penentu muktamad dalam pasaran Amerika”.

Fokus juga tertumpu pada ulasan pengerusi Fed, Janet Yellen yang dijadualkan berucap seawal jam 12.45 pagi esok (Rabu).

Antara matawang utama yang membuat pergerakan besar semalam adalah EUR/USD yang jatuh sebanyak 0.60% akibat ketidaktentuan politik di Zon Eropah disebabkan oleh parti CDU yang memenangi pilhan raya di Jerman perlu membentuk kerajaan campuran supaya mendapat sokongan majoriti di parlimen.

Sentimen yang bercampur pada Pound Sterling turut menyebabkan GBP/USD naik turun melebihi 100 pip semalam. GBP/USD kini stabil di paras 1.3480.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat