Adakah US Akan Bersetuju Dengan Tawaran China Ini Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan?

291

China telah menawarkan kepada presiden Donald Trump sebuah pajek yang mencadangkan pembelian barangan US dan beberapa lagi ukuran yang bertujuan untuk mengurangkan defisit perdagagnan US dengan China sehingga $200 billion setahun.

Tawaran tersebut ditawarkan pada hari rundingan 2 hari berkenaan perdagangan US-China di Washington yang bermotifkan untuk menyelesaikan ancaman tarif antara 2 negara ekonomi besar. Namun senarai tersebut tidak menyatakan secara jelas bagaimana jumlah nilai tersebut di tentukan.

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa pembuat kapal terbang Boeing Co akan menjadi syarikat utama yang mendapat faedah jika Trump menerimanya. Boeing merupakan pengeksport terbesar US dan telah menjual suku kapal terbang kepada pengguna China.

Dalam masa yang sama terdapat sumber yang juga mengatakan bahawa pajek tersebut mungkin memasukkan beberapa penghapusan dalam tarif China yang bernilai $4 billion.

Namun untuk mencapai pengurangan $200 billion defisit perdagangan US-China memerlukan perubahan yang besar dalam komposisi perdagangan US-China berikutan defisit pada tahun lepas adalah sebanyak $375 billion.

2 barangan eksport terbesar US ke China ialah kapal terbang iaitu $16 billion pada tahun lepas dan kacang soya sebanyak $12 billion.

Trump telah berjumpa dengan deligasi China, Lieu He pada hari Khamis namun belum ada apa-apa kenyataan daripada Rumah Putih.

Pada hari Khamis, Trump telah mengkritik China kerana menjadi perosak perdagangan dengan US, tetapi dalam masa yang sama beliau akan berunding tentang hal ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat