Aduh! Emas Berundur Lebih Jauh

8,484

Logam berharga emas jatuh di bawah paras harga $2,000 susulan dagangan US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih kukuh.

Pada sesi Asia, spot emas sedikit berubah pada sekitar paras $1,992 per auns, manakala niaga hadapan emas didagangkan pada $1,996 per auns.

US dolar kembali mencatatkan pengukuhan, seiring dengan hasil bon AS 10 tahun yang melonjak ke paras tertinggi dua minggu pada 3.57%.

Hal ini telah menekankan logam kuning emas untuk susut lebih rendah, lebih-lebih lagi setelah mendengar kenyataan berbaur hawkish penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester berkata beliau tidak fikir bahawa kenaikan kadar faedah perlu dihentikan lagi buat masa ini. Namun, ada empat minggu lagi untuk mesyuarat seterusnya, oleh itu Fed perlu melihat lebih banyak data.

Selain itu, Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic pula mengatakan bank pusat perlu kekal pendirian sangat kuat dalam memerangi inflasi walaupun kadar pengangguran mula meningkat akhir tahun ini.

Pelabur kini meletakkan jangkaan untuk peluang 85% bahawa Fed akan kekalkan kadar tidak berubah pada bulan Jun, menurut alat CME FedWatch.

Sementara itu, rundingan mengenai siling hutang berakhir dengan harapan selepas Speaker Dewan Republikan Kevin McCarthy memberitahu bahawa ada kemungkinan untuk perjanjian dicapai akhir minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat