Aik, Kenapa Pula Emas Melonjak Ni?

2,016

Kesuraman dagangan US dolar dan ketidakpastian mengenai krisis geopolitik Rusia-Ukraine telah mendorong logam kuning emas untuk mencatat keuntungan semula pada sesi New York.

Keuntungan ini sekali gus membawa dagangan emas kembali menghampiri paras ketinggian lapan bulan yang dicapainya pada Selasa dengan didagangkan di sekitar harga $1,868 per auns pada sesi Asia hari ini.

Laporan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada sesi sebelum ini malangnya gagal merangsang US dolar untuk meningkat selepas ia hanya memberi indikasi mengenai kenaikan kadar faedah pada bulan depan, tetapi tiada maklumat tentang ‘seberapa banyak’ mereka akan menaikkannya.

Hal ini menyebabkan pelabur melihatnya sebagai kurang hawkish daripada yang diharapkan untuk melihat peluang kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas pada bulan Mac.

Sementara itu, konflik di Eropah Timur kembali bergelora selepas Amerika Syarikat dan NATO mendakwa bahawa Rusia telah meningkatkan jumlah tenteranya di kawasan berdekatan Ukraine.

Ini menyebabkan pelabur kembali mendapatkan emas sebagai aset selamat di tengah sentimen yang tidak menentu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat