Akhirnya, Bursa Malaysia Tewas Selepas Kemenangan 6 Hari Berturut-turut!

484

Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi tadi pada paras tidak berubah di saat situasi pasaran berlakunya pengambilan untung dan sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau.

Pada jam 12.39 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.63 mata kepada 1,514.76 daripada 1,515.39 pada penutup semalam.

Indeks barometer yang dibuka 2.36 mata lebih baik pada 1,517.75 kini bergerak antara 1,514.13 dan 1,520.31 sepanjang sesi pagi tadi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 600 berbanding 336. Manakala, 382 kaunter tidak berubah, 940 kaunter tidak diniagakan dan 73 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah berjumlah 2.29 bilion unit yang bernilai RM1.4 bilion.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd, Thong Pak Leng berkata para pelabur masih berhati-hati dengan laporan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya dalam mesyuaratnya pada Selasa dan Rabu ini.

Katanya lagi, disebabkan indeks penanda aras sudah menembusi paras 1,500 yang ketara. Mereka yakin indeks mempunyai lebih banyak sokongan untuk pergi ke kawasan rintangan kuat iaitu 1,600.

Buat masa sekarang, indeks akan berlegar-legar dalam julat 1,515 hingga 1,525 di saat persekitaran yang lebih kondusif di mana bank pusat serantau mengekalkan kadar faedah masing-masing setakat ini.

Melihat kepada indeks wajaran tinggi, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd susut satu sen setiap satu masing-masing kepada RM4.40 dan RM6.21, IHH Healthcare Bhd turun 10 sen kepada RM6.05. Tenaga Nasional Bhd menokok dua sen kepada RM10.52 dan Maybank Bhd tidak berubah pada RM9.23.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 13.54 mata kepada 11,267.64, Indeks FBM 70 turun 27.41 mata kepada 15,264.11 dan Indeks FBMT 100 susut 8.38 mata kepada 10,927.59.

Indeks Tenaga susut 2.22 mata kepada 881.34 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 0.25 mata kepada 16,942.33.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat