Aktiviti Sektor Perkhidmatan UK Jatuh Ke Paras Terendah 11-Bulan Lalu

33

Sektor perkhidmatan United Kingdom perlahan pasa Ogos yang ditunjukkan oleh data PMI sektor perkhidmatan merosot daripada 53.8 kepada 53.2. Bacaan kali ini sedikit di bawah jangkaan pasaran 53.6 di mana ia juga adalah bacaan terendah sejak September 2016.

Pertumbuhan dalam komponen tempahan semakin perlahan berikutan penangguhan dari segi perbelanjaan syarikat-syarikat.

Jangkaan perniagaan secara keseluruhan mengukuh ke paras tertinggi tiga bulan lalu walaupun sentimen pasaran terhadap UK masih agak suram berikutan Brexit.

Terdapat juga kenaikan dalam tempahan yang belum dipenuhi (order backlogs) di mana ia meningkat ke paras tertinggi sejak Julai 2015. Dengan peningkatan dalam komponen ini, penghasilan pekerjaan meningkat tiga bulan berturut-turut dan tambahan pekerjaan mencapai paras tertinggi sejak awal 2016.

Terdapat tekanan ke atas kepada kos dengan harga input meningkat ke paras tertinggi enam bulan lalu. Caj perkhidmatan juga meningkat ke paras tertinggi sejak April di mana halangan kapasiti (capacity constraint) cenderung memberi tekanan ke atas kepada harga.

Peningkatan dalam tekanan harga dijangka akan mengekalkan kebimbangan terhadap peningkatan inflasi dan menjadikan ia lebih sukar untuk dibawa semula kepada sasaran.

Ketua penganalisis ekonomi di IHS Markit, Chris Williamson mengatakan kombinasi daripada tiga tinjauan termasuk sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang paling lemah sejak enam bulan lalu.

“Walaupun dua bulan awal menunjukkan ekonomi di landasan betul untuk merekod pertumbuhan 0.3% pada suku ketiga, momentum ketika ini semakin beransur-ansur hilang.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat