Alamak! Kenapa MicroStrategy Tiba-Tiba Jual 704 Bitcoin Ni?

357

Masak la macam ni, takkan la pemegang besar BTC ni dah takut kot.”

Syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS), MicroStrategy yang yang terkenal dengan pelaburan dalam kripto dilaporkan mengaut lagi sejumlah mata wang kripto Bitcoin (BTC) sebanyak 2,395 BTC bernilai $42.8 juta.

Namun, Microstrategy telah menjual sebahagian daripada aset digital tersebut selepas melakukan transaksi pembelian itu pada tarikh 1 November hingga 21 Disember melalui anak syarikatnya, MacroStrategy.

Melalui pemerhatian, syarikat tersebut menjual sekitar 704 BTC bernilai $11.8 juta pada 22 Disember berikutan terdapat jangkaan bahawa kerugian akan melebihi keuntungan modal sebelumnya.

Menurut Michael Saylor, pengerusi eksekutif dan co-founder MicroStrategy menyebut bahawa beliau pula telah menjual sebanyak 2,500 BTC berharga $42.8 juta pada hari Rabu minggu ini.

Secara keseluruhannya, MicroStrategy sehingga kini memperoleh hampir 132,500 BTC dengan harga melebihi $4 bilion pada harga purata $30,397 manakala MacroStrategy memiliki 810 BTC bernilai $13.6 juta.

Dimaklumkan juga bahawa tujuan syarikat tersebut menjual sahamnya sebanyak $46.4 juta adalah untuk meningkatkan jumlah BTC yang dimilikinya.

Setakat penulisan ini, harga aset digital itu susut sekitar 1.09% dengan berlegar pada zon $16,554 dalam tempoh 24 jam lalu sementara junam 1.10% pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat