Alibaba Tingkatkan Pembelian Balik Saham Pada $25 Bilion Dari $15 Bilion

214

‘Macam ada something je, tak cukup duit ke tu?’

Alibaba Group Holding Ltd telah menaikkan harga program pembelian balik sahamnya pada US$25 bilion, kenaikan kali ke-2 dalam masa kurang setahun bagi menyokong saham yang telah dilanda kebimbangan disebalik pertumbuhan yang lembab.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Alibaba yang sebelum ini pernah merancang pembelian balik saham sebanyak $15 bilion pada Ogos lepas, iaitu pembelian semula terbesar sejak diawamkan pada 2014.

Ekoran daripada pengumuman tersebut, saham Alibaba di Hong Kong naik 4.5%.

Program pembelian balik saham tersebut akan bekuatkuasa sepanjang 2 tahun sehingga Mac 2024.

Menurut Toby Xu, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Alibaba, peningkatan pada harga pembelian balik saham tersebut menandakan keyakinan syarikat terhadap potensi pertumbuhan jangka panjang dan kemampanan dalam mencipta nilai.

Hujarnya lagi, harga saham Alibaba tidak mencerminkan nilai syarikat memandangkan keadaan kewangan dan rancangan pengembangannya lebih kukuh.

Umum mengetahui bahawa kerajaan China sedang giat melancarkan lebih banyak langkah-langkah untuk meningkatkan ekonomi serta dasar yang menggalakkan pasaran modal, maka tidak hairan mengapa Alibaba secara tiba-tiba menaikan harga pembelian balik saham tersebut.

Sebagai rekod, Alibaba dikatakan telah membeli semula sejumlah sahamnya yang tersenarai di Amerika Syarikat (AS) sebanyak $9.2 bilion setakat 18 Mac di bawah program yang sama.

Saham syarikat tersebut menyusut pada Disember 2020 selepas sejumlah pembelian balik awal sebanyak $10 bilion gagal membendung kebimbangan berkenaan tindakan keras kawal selia ke atas platfrom e-dagang serta empayar kewangan Jack Ma.

Sejak 21 Mac tahun lalu, saham Alibaba di Hong Kong merosot hampir 57%, dan keadaan bertambah buruk apabila Ma secara terbuka mengkritik sistem kawalan selia kerajaan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat