Aliran Modal Ke Pasaran Jepun Berkurangan Minggu Lepas

39

Aliran modal masuk ke dalam pasaran bon dan pasaran saham Jepun berkurangan minggu lepas seperti yang ditunjukkan oleh data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Jepun pada Khamis.

Pelaburan bon oleh penduduk Jepun di luar negara pula susut sebanyak 151.6 billion Yen pada minggu berakhir 24 Mac berbanding kejatuhan 150.9 billion Yen pada minggu sebelum itu.

Pelabur asing pula dilihat menjual sehingga 754.3 billion saham pada tempoh sama berbanding minggu sebelum itu di mana penjualan mencecah sehingga 585.3 billion Yen.

Pasaran ekuiti Jepun berada dalam keadaan ‘volatile‘ (turun-naik), berikutan ketaktentuan dalam politik global. Kegagalan Trump menggantikan Obama-care minggu lepas mencetuskan kebimbangan terhadap kredibiliti pentadbiran baru. Kegagalan ini menyebabkan kejatuhan terbesar pasaran saham Amerika Syarikat pada Isnin. Hari berikutnya pula Nikkei 225 susut 300 mata.

Matawang Yen telah menguat dalam beberapa minggu lepas, tetapi baru-baru ini susut dari paras tertinggi terkini dengan US dolar dilihat menguat sedikit. Usd/Jpy kini didagang di atas sekitar 111.00.

Tidak ada data yang akan dikeluarkan oleh agensi kerajaan Jepun hari ini. Esok pasaran akan memberi perhatian kepada data inflasi Jepun bagi bulan Februari dan Mac. Penganalisis ekonomi kerajaan juga akan mengeluarkan laporan perbelanjaan isirumah dan pengeluaran perindustrian.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat