Amaran BOE Minggu Lalu Dorong Kejatuhan GBP/USD Terendah Sejak 2020

203

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah mengalami penyusutan ke paras terendah terbaru 2 tahun susulan reaksi negatif pelabur terhadap mata wang Pound.

Ini adalah berikutan kenyataan susulan oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu lalu yang memberi amaran terhadap risiko kemelesetan ekonomi di Britain, selepas mengumumkan kenaikan kadar faedah seperti yang dijangkakan.

Dengan jangkaan US dolar akan terus mendominasi pada minggu ini, harga dinilai cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah lagi.

Selepas harga menjunam dari paras ketinggian 1.26000 Khamis lalu, penurunan yang bersambung pada Jumaat telah mencecah paras sokongan terbaru pada 1.22800.

Pergerakan harga kekal memberi isyarat trend bearish di mana harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan melepasi 1.22800 untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi.

Jangkaan sasaran penurunan adalah menuju paras sekitar 1.21000 yang merupakan paras sokongan harga pada dagangan Mei 2020 lalu.

Namun waspada sekiranya US dolar bergerak lebih lemah pada minggu ini berkemungkinan memberi reaksi negatif terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan.

Harga boleh membuat kenaikan semula dengan jangkaan melepasi rintangan pada 1.24000 dan 1.25000 sebelum menguji zon 1.26000 yang menjadi tumpuan ketika kenaikan selepas mesyuarat FOMC minggu lalu.

Untuk sasaran kenaikan lebih tinggi selepas perubahan trend bullish semula, jangkaan adalah untuk harga menuju kembali ke paras ketinggian 1.3000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat