Amaran IMF! Ekonomi Dunia Akan Parah Akibat Perang Rusia-Ukraine

1,058

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa perang Rusia dan Ukraine dan sekatan yang dikenakan terhadap Moscow akan mengakibatkan kesan teruk kepada ekonomi global.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, IMF berkata walaupun masih terlalu awal untuk membuat jangkaan berikutan keadaan yang tidak menentu, tetapi impak terhadap ekonomi sudah sangat serius.

Peningkatan konflik Ukraine-Rusia telah memacu lonjakan mendadak harga tenaga dan makanan global sejak kebelakangan ini, sekali gus menambah tekaan inflasi yang kini masih tidak dapat dibendung susulan pemulihan dunia daripada pandemic Covid-19.

Kejutan harga akan memberi kesan di seluruh dunia, terutamanya kepada isi rumah yang miskin, di mana makanan dan bahan api dianggap sebagai bahagian perbelanjaan lebih tinggi untuk ditanggung, menurut IMF.

Tambah IMF lagi, impak terhadap ekonomi akan menjadi lebih dahsyat sekiranya konflik meningkat. Sekatan ke atas Rusia juga akan memberi impak yang besar kepada ekonomi global dan pasaran kewangan yang akan turut dirasai dengan ketara oleh negara-negara lain.

IMF juga menekankan bahawa bank pusat perlu memantau dengan teliti kenaikan inflasi global dan negara untuk menetapkan tindak balas yang sesuai bagi menanganinya.

Selain itu, kerajaan pelu mencari cara untuk menyokong isi rumah yang paling terdedah dan membantu mengimbangi peningkatan kos sara hidup.

Dalam pada itu, bagi menyokong Ukraine dengan pembiayaan kecemasan, IMF bersedia untuk meluluskan pakej bantuan sebanyak $1.4 bilion secepatnya minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat