Hati-hati bagi yang membeli dan terima parcel dari luar negara.
Pihak Beijing tidak menolak kemungkinan bahawa varian Omicron tersebar melalui parcel yang dibeli diluar negara.
Menurut laporan pada 11 Januari lalu, terdapat seorang penerima parcel telah dijangkiti varian Omicron dan hasil ujian yang dilakukan mendapati dia mendapat virus tersebut melalui parcel yang diterimanya.
Tambahnya lagi, terdapat 8 orang lain yang telah dihubungi berkaitan penghantaran parcel pada masa yang sama namun hasil ujian yang dilakukan mendapati keputusan negatif terhadap mereka.
Dalam pada itu, kebimbangan mengenai Omicron turut memberi kesan terhadap Sukan Olimpik yang akan diadakan di Beijing ekoran terdapat 1 kes positif melibatkan virus tersebut.
Seorang wanita dari daerah Haidian telah dilaporkan mengalami sakit tekak dan demam pada Khamis dan hasil ujian pada hari Sabtu mendapati dia disahkan positif Covid-19.
Menurut laporan, dia tidak pernah meninggalkan bandar tersebut selama 2 minggu sebelumnya dan tidak berhubung dengan mana-mana individu yang positif virus tersebut.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan telah memberitahu penduduk supaya tidak meninggalkan bandar tersebut kecuali jika ada perkara yang penting sahaja selain turut menggalakkan penduduk wilayah jiran Beijing untuk bekerja dari rumah.