Amazon Suram Walaupun Catat Untung $100 Bilion Untuk 3 Suku Berturut-Turut

539

Amazon.com Inc memperoleh petunjuk bagi suku ketiga yang lemah disebabkan oleh pertumbuhan pendapatan pertama yang merosot dalam tempoh tiga tahun.

Susulan itu, saham Amazon mengalami penyusutan sebanyak 7% di sesi perdagangan pada Khamis.

Ketua pegawai kewangan Amazon, Brian Olsavsky berkata perbandingan yang sukar jika ingin dibandingkan dari tahun ke tahun terhadap perniagaannya.

Sebelum ini kebanyakan pengguna duduk di rumah dan lebih banyak bergantung kepada e-dagang untuk keperluan seharian dek kerana penularan wabak Covid-19.

Pendapatan Amazon melonjak 44% pada suku pertama namun angka itu mengalami penurunan kepada 27% untuk suku yang berakhir pada 30 Jun sebanyak $113.08 bilion.

Di samping itu, Amazon juga meramalkan bahawa pertumbuhan yang perlahan ini berkemungkinan akan berterusan untuk beberapa suku berikutnya.

Untuk suku ketiga, Amazon mengatakan bahawa ia menjangka kadar penjualan dicatatkan antara $106 bilion sehingga $112 bilion iaitu mewakili pertumbuhan 10% hingga 16% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Melihat kepada pendapatan perkhidmatan Web Amazon, ia telah meningkat sebanyak 37% pada suku kedua berbeza daripada pertumbuhan 32% pada suku sebelumnya.

Pendapatan AWS juga telah mencapai $14.81 bilion pada suku tersebut dan melebihi anggaran yang ditetapkan oleh analisis sekitar $14.20 bilion.

Walaupun penjualan suku kedua yang mengecewakan, ia masih pertumbuhan di luar jangkaan apabila disokong oleh perniagaan pengkomputeran awam, langganan dan pengiklanan yang sangat menguntungkan.

Hal tersebut juga didorong oleh pengiklanan dan perkhidmatan lain yang telah mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 87% dari tahun ke tahun dalam tempoh tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat