Amazon Umum Pelan Bebas Karbon 2040

152

Syarikat Amazon baru-baru ini mengumumkan pelan bebas karbon menjelang tahun 2040. Sebagai persediaan kepada pelan itu, Amazon telah memulakan langkah dengan melantik sebuah syarikat baru iaitu Rivian untuk membekalkan sejumlah 100,000 buah van penghantar yang menggunakan kuasa elektrik.

Pengumuman itu dibuat sebagai menyokong aktivis alam sekitar yang menimbulkan kebimbangan mengenai perubahan iklim yang semakin ketara impaknya. Amazon juga sedar mengenai bahan buangan dari kilangnya sendiri adalah besar dan mereka harus mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah itu.

CEO Amazon, Jeff Bezos mengumumkan akan meningkatkan penggunanan tenaga yang boleh diperbaharui dari 40 peratus kepada 100 peratus menjelang tahun 2030 dan menyumbang $100 juta kepada pertubuhan The Nature Conservancy untuk memulihkan hutan dan kawasan-kawasan yang terancam.

Di bawah perjanjian bersama Rivian, mereka akan mengubahsuai reka bentuk dalaman van elektrik bersesuaian dengan kehendak Amazon bermula tahun 2021 hingga 2024. Awal tahun ini, Amazon telah membuat pelaburan sebanyak $700 juta di dalam syarikat kenderaan elektrik di mana mereka juga mempunyai perjanjian bersama Ford untuk membangunkan trak pikap elektrik F-150 tetapi malangnya Ford tidak lagi mengeluarkan model tersebut.

Pengumuman ini merupakan komitmen utama bagi kenderaan penghantar yang menggunakan kuasa elektrik. Perubahan ini dirasakan sebagai momentum awal bagi kenderaan elekrtik kerana lebih banyak permintaan akan membina skala ekonomi yang lebih besar untuk pengusaha kereta.

Amazon masih mempunyai tugas untuk menghentikan sokongannya terhadap industri bahan api dan menghentikan sumbangan kepada ahli politik yang tidak menghiraukan alam sekitar. Tindakan penggunaan kenderaan elektrik ini juga berlaku selepas lebih daripada 4,200 orang pekerja mendesak supaya Amazon mengurangkan pengeluaran sisa karbon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat