Amerika Luluskan Suntikan Vaksin Terhadap Bayi Berusia 6 Bulan

149

‘Lepas ni bayi dekat Malaysia bukan je ada bekas BCG tapi cop vaksin Covid jugak kot.’

Bukan sahaja orang dewasa tapi kanak-kanak dan bayi seawal 6 bulan bakal menerima suntikan vaksinasi Covid-19 selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi kelulusan.

Menurut kenyataan rasmi Pesuruhjaya FDA, Robert M.Califf, di bawah pindaan kebenaran pengguna kecemasan (EUA) vaksin keluaran Moderna dan Pfizer-BioNTech boleh diberikan kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat.

Califf menambah bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan kadar mutasi virus Covid-19 dan ingin meningkatkan peluang perlindungan terhadap kanak-kanak.

FDA menggariskan vaksin Moderna bivalent* di bawah EUA mendapat kelulusan untuk kegunaan individu berusia 6 bulan hingga 5 tahun sebagai dos penggalak tunggal, 2 bulan selepas selesai vaksinasi utama monovalent**.

*Vaksin campuran komponen virus asal dan varian omicron untuk membentuk perlindungan terhadap mutasi Omicron.

**2 siri suntikan utama terhadap individu berusia 6 tahun ke atas yang dibenarkan bawah penggunaan kecemasan Covid-19.

Untuk Pfizer-BioNTech pula kanak-kanak 6 bulan hingga 4 tahun yang belum lagi menerima suntikan ke-3 monovalent vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19, mendapat kelulusan bivalent sebagai dos ke-3.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penilaian Biological FDA menegaskan ibu bapa serta penjaga membenarkan kanak-kanak menerima suntikan vaksin tersebut memandangkan ia adalah pertahanan terbaik menentang Covid-19.

Ia juga dilihat selari dengan salah satu langkah keselamatan baharu yang diperkenalkan China selepas melonggarkan sekatan dasar sifar Covid-19 dengan meningkatkan kadar vaksinasi.

Pada sisi berbeza, kes saman-menyaman hak paten antara Moderna dan Pfizer-BioNTech masih terus berjalan tanpa ada kemas kini baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat