Kau Saman Aku, Aku Saman Kau! – Pfizer, BioNTech & Moderna Rebut Hak Paten

363

‘Dah tak dapat duit sebab lockdown ditamatkan, saman-menyaman pulak lah.’

Dengan China mengumumkan pelonggaran dasar sifar Covid-19, syarikat-syarikat pembuatan vaksinasi utama dunia sibuk keluar masuk mahkamah bagi menyelesaikan isu hak paten.

Terdahulu, Moderna Inc bertindak menyaman Pfizer Inc dan rakan kongsinya, BioNTech pada Ogos atas pertuduhan bahawa syarikat-syarikat itu melanggar hak paten terhadap 3 jenis vaksin Covid-19 yang dihasilkannya.

Moderna dalam tuntutan mahkamah di Jerman dan Amerika Syarikat (AS), meminta sejumlah pampasan yang tidak didedahkan nilai sebagai ganti rugi daripada vaksin Pfizer BioNTech yang dijual sejak Mac tahun ini.

Berang dengan tuntutan itu, Pfizer Inc dan BioNTech pula memfailkan saman balas kepada Moderna atas pertuduhan yang sama iaitu isu hak paten vaksinasi Covid-19.

Hujah Pfizer dan BioNTech bahawa mereka yakin dengan harta intelek yang dibuat dan akan ‘bersungguh-sungguh mempertahankan’ paten itu daripada tuntutan Moderna.

Tambahnya lagi mereka membangunkan vaksin secara bebas dan menyifatkan tuntutan Moderna sebagai ‘melampau’, selain menegaskan bahawa patennya ‘lebih besar sumbangan kepada dunia’.

Syarikat berpangkalan di AS itu berjaya menjana lebih $26.4 bilion untuk 9 bulan pertama 2020 dengan penjualan vaksin Pfizer BioNTech sementara Moderna meraih $13.5 bilion dalam tempoh sama.

Buat masa ini ketiga-tiga syarikat masih dalam fasa saman-menyaman dan tiada sebarang kenyataan lanjut dikeluarkan Moderna, Pfizer dan BioNTech.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat