Amerika Syarikat Tewas Dengan COVID-19, Jadi No 1 Dunia Paling Terjejas!

2,899

Sebelum ini, Presiden Donald Trump dengan yakin menyatakan bahawa negara kuasa besar dunia itu benar-benar bersedia menghadapi COVID-19. Namun, apa yang terjadi adalah di sebaliknya! Kini, negara tersebut merekodkan jumlah kes tertinggi di dunia malah berjaya mengatasi Itali dan China!

Menurut sebuah laporan, negara tersebut telah mencatatkan sebanyak 85,377 kes dengan kira-kira 81,321 individu telah disahkan positif COVID-19. Manakala Itali merekodkan 80,539 kes dan China mencatatkan 81,285 kes.

Sehubungan dengan kes yang semakin meningkat, hospital Amerika Syarikat didakwa semakin kritikal dalam merawat pesakit COVID-19. Selain itu, 40% rakyat negara berkenaan telah dikuatkuasakan dengan perintah berkurung bagi menangani penularan wabak pembunuh itu.

Apa yang lebih menyedihkan ialah jumlah kematian yang dilaporkan telah mencecah 1,295 termasuk 100 di New York. Berikutan dengan jumlah kematian yang semakin meningkat di kawasan lain, salah seorang pakar menjangkakan akan lebih ramai rakyat negara itu maut.

Hakikatnya, jumlah sebenar kes didakwa berkemungkinan lebih tinggi daripada angka rasmi disebabkan oleh kekurangan kit ujian. Oleh itu, kiraan rasmi untuk jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat yang didapati daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dikatakan tidak selari dengan data sebenar. Pada petang semalam CDC  hanya menyenaraikan sebanyak 68,440 kes.

Persoalannya, benarkah negara itu benar-benar bersedia menangani wabak merbahaya ini seperti yang dikatakan oleh Presiden Donald Trump? Adakah jumlah kes sebenar yang dicatatkan sengaja disembunyikan bagi menjaga imej negara kuasa besar itu?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat