Anak Lelaki Snoop Dogg Sertai Projek NFT

76

Champ Medici, anak lelaki Snoop Dogg telah menyertai pasukan Clay Nation untuk membantu memajukan inisiatif dan mengukuhkan hubungan kedua-dua pihak.

Suka diingatkan, Snoop Dogg dan Champ Medici merupakan antara peminat sejati atau “kipas susah mati” untuk projek Cardano NFT.

Ini bukan kali pertama Champ Medici menzahirkan minatnya terhadap projek Clay nation, dimana sebelum ini beliau sangat lantang menyuarakan sokongan terhadap NFT Cardano.

Sebagai konteks, Clay Nation pernah bekerja bersama Medici dan ayahnya Snoop Dogg yang merupakan peminat tegar mata wang kripto serta NFT.

Malah, pasukan kreatif projek tersebut turut memberikan avatar NFT artis kepada Medici dan Snoop Dogg sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Selain itu, Medici dan Snoop Dogg juga pernah bertemu dan bersua muka dengan pencipta Cardano serta Ketua Pegawai Eksekutif Charles Hoskinson pada April untuk meneroka idea hiburan berkaitan blockchain dan teknologi.

Charles Hoskinson pernah menasihati pengendali kumpulan kepentingan untuk memperbaiki nod. Oleh itu, pengendali telah mengemas kini kepada versi 1.35.3 dalam persediaan naik taraf Vasil hard fork.

Aspirasi dan kecenderungan penyokongnya terhadap sektor NFT mata wang kripto tidak pernah berubah walaupun sektor tersebut merupakan yang paling berisiko dalam pasaran dan harga aset NFT menurun lebih banyak daripada pasaran lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat