Analisa Teknikal Mingguan 10 Julai – 14 Julai 2017

70

EUR/USD – Analisa Mingguan 10 Julai – 14 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga EUR/USD berjaya untuk melakukan retracement penurunan sebelum ia bullish ke sekitar target mingguan tetapi ia masih gagal untuk breakout Key Resistance bagi meneruskan lagi kenaikan. Dan jika diperhatikan, pergerakan momentum wave juga masih dalam mood bullish(HL,HH,HL,HH).

Jadi, harga yang berpotensi membentuk ‘Resistance Become Support’ dan peluang yang boleh diperhatikan masih dikekalkan di sekitar harga 1.1280/1.1300 sebelum ia bullish. Target kenaikan minggu ini sekiranya ia breakout Key Resistance adalah ke sekitar harga yang lebih tinggi iaitu 1.1500 – 1.1600 bagi membentuk New HH. Kesimpulannya, selagi harga tidak breakout Key Support 1.1130/20, EUR/USD masih dalam mood bullish.

GBP/USD – Analisa Mingguan 10 Julai – 14 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu lalu, harga GBP/USD bearish sekitar 150 pips setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance mingguan 1.3040. Dan jika diperhatikan GBP/USD telah membentuk candlestick pattern ‘Three White Soldier’ dan ini menunjukkan ia masih berpotensi tinggi untuk meneruskan lagi kenaikan.

Oleh itu, peluang yang berpotensi tinggi untuk diperhatikan ketika ini adalah ‘long’ di sekitar harga retracement/support terhampir iaitu 1.2830/00 ataupun harga selagi ia tidak breakout Key Support 1.2614/00. Jika breakout Key Resistance mingguan ini, GBP/USD berpotensi untuk bullish dalam jangka yang panjang dan target terhampir yang berpotensi dicapai adalah 1.3164 atau ke 1.3280/1.3300.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support 1.2614/00 ini, mood bullish ketika ini akan terbatal dan GBP/USD akan mulai bearish. Oleh itu, Key Support ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan ketika ini.

AUD/USD – Analisa Mingguan 10 Julai – 14 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Harga AUD/USD bearish lebih kurang 110 pips pada minggu lalu setelah gagal untuk breakout Key Resistance 0.7730/10 dan kini secara teknikalnya, ia berpotensi untuk melakukan sedikit retracemnet sebelum ia terus bearish ke Key Support iaitu 0.7530/00.

Jadi, peluang yang boleh diperhatikan pada minggu ini adalah ‘long’ di sekitar Key Support 0.7530/00 yang berpotensi untuk membentuk new HL sebelum ia bullish. Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support ini, pergerakan bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini berpotensi untuk gagal dan ia akan mulai mengorak langkah untuk bearish dan mencapai ke support terhampir iaitu 0.7464/50.

Oleh itu, Key Support ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan pada minggu ini dan selagi tidak dibreakout, kebarangkalian masih tinggi untuk AUD/USD kembali bullish.

USD/JPY – Analisa Mingguan 10 Julai – 14 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, pergerakan harga bagi USD/JPY masih dalam keadaan bullish sejak 2 minggu yang lalu dengan terbentuknya wave yang masih ke arah uptrend(HL,HH,HL,HH). Jadi, pada minggu ini selagi harga USD/JPY berada di atas paras harga 111.14 ia masih dikuasai mood bullish dan jika diperhatikan ia berpotensi untuk melakukan pergerakan retracement/pullback terlebih dahulu ke sekitar support terhampir 112.14 – 111.14 sekiranya ia gagal untuk breakout Key Resistance awal minggu ini.

Dan jika breakout Key Resistance mingguan ini, USD/JPY berpotensi tinggi untuk mencapai ke harga yang lebih tinggi iaitu sekitar harga 116.50/00 pada minggu ini atau minggu hadapan. Oleh itu, sebarang penurunan ketika ini adalah retracement sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 10 Julai – 14 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pasaran harga bagi GBP/JPY ketika ini masih dalam momentum bullish dan berpotensi untuk breakout Key Resistance mingguan 147.80 sekiranya ia masih berada di atas paras harga 143.60. Dan jika breakout, kenaikan tersebut berpotensi mencapai ke sekitar harga 149.50/00 atau ke harga yang lebih tinggi lagi.

Pada minggu ini, peluang terhampir yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga 145.30 – 143.60 yang berpotensi membentuk new HL sebelum ia bullish. Oleh itu, mood bullish masih didominasi pasaran GBP/JPY ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support 139.00.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat