Analisi GOLD – Emas Bakal Jatuh Lebih Parah Menjelang Mesyuarat FOMC?

1,762

Dagangan emas pada penghujung minggu lalu meningkat lebih tinggi selepas kejatuhan harga yang ketara pada Khamis sehingga susut $50 dalam masa 1 hari.

Tekanan dialami oleh emas didorong oleh faktor pengukuhan US dolar susulan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lonjakan mengembalikan semula jangkaan untuk pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu ini.

Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, cubaan kenaikan harga pada Jumaat lalu terhalang pada zon 1765.00 dengan paras sokongan mingguan dilihat pada 1745.00.

Paras sokongan 1745.00 yang dicecah pada terjunan harga minggu lalu diuji pada dagangan awal minggu ini sehingga setakat sesi Eropah hari ini (Isnin).

Pergerakan harga masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bearish kepada pelabur.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan melepasi paras sokongan 1745.00 dan mensasarkan zon tumpuan harga sebelum ini iaitu pada zon 1700.00.

Namun jika harga berjaya melonjak semula dari zon 1745.00 dan melepasi rintangan 1765.00 yang diuji minggu lalu, penganalisis akan melihat sebagai isyarat awal perubahan trend bullish apabila harga juga melepasi halangan MA50.

Kenaikan harga bakal kembali semula ke zon ‘magnet’ harga sebelum ini iaitu pada 1800.00 yang akan menjadi rintangan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis akan memacu arah pergerakan harga yang lebih jelas buat emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat