Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (15 Mac 2019)

189

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
  • Kadar inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan mengambil masa sedikit lebih lama daripada jangkaan.
  • Ketidakpastian domestik utama mengenai prospek perbelanjaan isi rumah dan penurunan harga perumahan.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran Australia kekal pada paras 5.0% sama seperti bulan Disember 2018.

PLAN: SELL AUD.

  • Indeks sentimen pengguna di Australia merosot 4.8% untuk bulan Mac ke 98.8 daripada 103.8 pada bulan sebelumnya. Bacaan terendah sejak September 2017.
  • Pengeluaran perindustrian China meningkat hanya 5.3% dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, tidak mencapai jangkaan 5.5% kenaikan. Ia merupakan kadar perkembangan paling perlahan dalam 17 tahun.
  • China dan A.S. dijangka menangguhkan pertemuan antara Xi Jinping dan Trump.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat