Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (7 Mac 2019)

649

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 7 Mac 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • ECB menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi disebabkan oleh faktor geopolitik dan mengulangi jangkaan kadar faedah utama akan kekal pada tahap rendah menjelang musim panas 2019.
  • Mr Draghi mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi zon Eropah mungkin lebih lemah daripada jangkaan ekoran faktor yang datang dari kelembapan China dan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro kekal pada 7.8% untuk bulan Januari 2019, sama seperti bulan sebelumnya.
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang 1.20% pada suku keempat 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada sembilan bulan terendah sebanyak 1.4% pada bulan sebelumnya dan selaras dengan persetujuan pasaran.

PLAN: SELL EURO.

  • ECB dijangka mengekalkan dasar monetari sediaada dan dijangkakan akan menyampaikan kenyataan yang dovish.
  • Sektor perkilangan zon Eropah menunjukkan kemelesetan dalam tempoh selama hampir 6 tahun.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat