Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (3 Disember 2018)

367

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya seperti dijangka pada 2.25%.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 20 Disember 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC menyatakan bahawa pasaran buruh terus mengukuh dan aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh.
  • FED menegaskan bahawa peningkatan kadar faedah selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran di AS menurun kepada 3.7% pada September 2018 daripada 3.9% pada dua bulan sebelumnya.
  • Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.
  • Inflasi tahunan di Amerika Syarikat meningkat kepada 2.5 peratus pada Oktober 2018 daripada 2.3 peratus pada bulan September.

PLAN: SELL USD.

  • Pengerusi Bank Pusat FED, Jerome Powell membuat kenyataan kadar faedah berada di bawah paras neutral sekaligus menguatkan lagi jangkaan pasaran bahawa FED semakin hampir untuk menamatkan kitaran pengetatan dasar monetari mereka.
  • Minit dasar monetari FED terkini menyokong kenaikan kadar faedah pada Disember tetapi memberi bayangan terhadap proses kenaikan kadar yang perlahan pada tahun hadapan.
  • Tuntutan pengangguran awal AS meningkat sekaligus menandakan bahawa pengangguran di AS masih lagi tinggi.
  • Sentimen pasaran stabil selepas keredaan perang perdagangan AS-China.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat