Analisis GOLD – Berupayakah Emas Tembusi Paras $1,814?

1,147

Sinaran emas sedikit berkilau pada penghujung suku keempat bagi tahun ini selepas terima sokongan daripada kemerosotan yang diterjemahkan oleh hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

Pelabur juga bakal menilai kepada sentimen pasaran risk-on ketika ini yang telah pun memberi impak kepada dolar greenback di kala kajian pakar menyatakan bahawa varian Omicron tidak menggusarkan.

Bagaimanapun dasar polisi yang ingin dilakukan Federal Reserve (Fed) dalam menyegerakan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) mungkin akan memberi kejutan untuk emas terus menjunam.

Terus melangkah melupakan rentak penurunan, pergerakan harga pada carta XAU/USD dilihat terus mempersembahkan aksi percubaan untuk menguji zon 1814.00 pada awal minggu bagi penutup 2021.

Harga turut nampaknya kelihatan membuat sedikit ‘gap’ di pembukaan pasaran hari ini (Isnin) sebelum menutup semula ‘gap’ tersebut dan kekal didagangkan perlahan menuju ke sesi New York sebentar lagi.

Pergerakan di atas MA50 berkenaan sama sekali telah membawa pengaruh untuk harga mengekalkan trend bullish dengan jangkaan bahawa harga emas berupaya merekod paras tertinggi yang terbaharu.

Namun asbab kenaikan itu perlulah mencapai ke paras ketinggian sebelum ini sekitar 1814.00 terlebih dahulu sebelum kebarangkalian yang besar untuk pergerakan harga menuju sasaran yang berikutnya.

Kemampuan harga mengekalkan trend bullish lebih jelas berkemungkinan akan mempengaruhi harga menggapai zon SBR (support become resistance) 1830.00 yang juga merupakan zon tumpuan pelabur.

Akan tetapi jikalau pergerakan harga kembali menampilkan rentak penurunan, zon 1800.00 mungkin  akan menjadi hala tuju pertama akan dinilai oleh pelabur sebelum dijangka bakal susut dengan parah.

Penyusutan parah akan mendorong harga menjejaki ke zon yang sering kali menghalang peningkatan pada awal dan pertengahan Disember ini pada zon RBS (resistance become support) sekitar 1780.00.

Lihar gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat