Analisis GOLD – Biar Lambat, Asal Selamat! Walau Perlahan, Emas Terus Mendaki

666

Menyambung dagangan pada Khamis, komoditi emas dilihat mendaki secara perlahan sementara pelabur berwaspada menunggukan ucapan daripada pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada acara Simposium Jackson Hole untuk petunjuk bagi penetapan dasar monetari bank pusat yang seterusnya.

Ada yang menjangkakan Jerome Powell bakal meneruskan lagi langkah yang hawkish, namun ada juga yang melihat kenaikan kadar yang agresif itu akan diperlahankan. Kedua-dua pilihan Fed dilihat tetap akan memberi impak besar dalam pasaran.

Pada sesi New York sebentar lagi bakal diterbitkan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi tumpuan pelabur untuk kesan terhadap pergerakan US dolar selain turut mempengaruhi perubahan nilai aset logam kuning.

Penganalisis komoditi turut melihat dagangan emas juga terbatas disebabkan oleh peningkatan dalam hasil bon AS 10 tahun kepada 3.1%.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat bergerak lebih mendatar pada dagangan Rabu semalam selepas memberi isyarat untuk perubahan trend pada lonjakan yang dipamerkan pada Selasa lalu.

Selepas harga melonjak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD pada Selasa lalu, harga kekal berlegar di atas paras sokongan terbaru itu semalam dengan rintangan harga yang diuji adalah pada 1755.00 di sesi New York.

Kenaikan harga mula dipamerkan bermula pada sesi Asia pagi ini walaupun pada kadar pergerakan yang perlahan, namun telah berjaya kembali semula ke zon SBR (support become resistance) 1760.00 dengan mengekalkan momentum untuk meneruskan peningkatan lebih tinggi.

Jika harga berjaya mengekalkan pergerakan trend bullish tersebut, kenaikan bakal diteruskan untuk menguji pula zon SBR 1780.00 yang telah menjadi tumpuan pada dagangan minggu sebelum ini.

Melepasi zon tersebut seterusnya akan mendorong kenaikan lebih tinggi untuk mencapai semula ke paras ketinggian 1800.00 dan menguji zon rintangan penting tersebut.

Sebaliknya jika harga gagal bertahan di atas zon 1760.00 dan kembali susut lebih rendah semula, harga dijangkakan untuk berlegar semula ke zon sekitar 1740.00 yang dilihat sebagai zon support harga untuk dagangan awal minggu ini.

Penurunan harga yang lebih rendah berpotensi untuk mencecah sehingga ke zon support tumpuan 1720.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat