Analisis GOLD – Corak Penurunan Harga Emas Telah Bermula?

2,384

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar kembali mempamerkan penurunan ketara pada dagangan Rabu semalam menamatkan corak kenaikan sejak minggu lalu.

Pergerakan harga kekal dipacu oleh sentimen pasaran dengan tumpuan pada pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat dengan perkembangan perlahan yang masih belum memberikan keyakinan buat pelabur.

Harga yang telah mencapai paras ketinggian pada 1875.00 pada kenaikan di awal minggu kembali membuat terjunan harga semula pada dagangan semalam dari zon SBR (support become resistance) tersebut.

Selepas penurunan harga ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, paras 1850.00 menjadi sokongan harga.

Namun setelah sekali lagi menguji halangan MA50 dan gagal membuat kenaikan, harga dilihat telah menjunam pada awal sesi New York sehingga hampir 400 pips mencecah paras terendah sekitar 1826.00 menjadikan penurunan harian harga sekitar 450 pips sejak sesi Asia.

Namun harga kembali menutup dagangan sesi New York sedikit tinggi sekitar 1840.00 dan mendatar di sekitar paras tersebut pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Walaupun bergerak perlahan, namun corak penurunan harga masih terlihat pada carta XAU/USD hari ini dengan jangkaan penurunan lebih lanjut harga bakal menuju semula ke zon support 1800.00.

Kejatuhan harga emas lebih teruk akan melihatkan harga kembali semula pada zon support minggu lalu di atas paras harga 1760.00.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, paras 1850.00 akan kembali menjadi rintangan harga selain halangan dinamik MA50 akan turut diuji.

Melepasi paras-paras tersebut akan memberi isyarat trend bullish semula buat harga emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat