Analisis GOLD – Dah Ada Petanda Harga Emas Nak Melonjak Ke?

695

Pelabur semakin berhati-hati dengan pergerakan US dolar menjelang terbitan data inflasi pada sesi New York sebentar lagi dan juga minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Sentimen pasaran masih dinilai berisiko, namun US dolar gagal mengekalkan pengukuhan pada dagangan hari ini (Rabu) ekoran tekanan penurunan pada hasil bon 10-tahun Amerika Syarikat (AS) di bawah paras 1.60% semula.

US dolar yang dilihat kembali bergerak susut menjelang data inflasi AS yang bakal diterbitkan telah memberi ruang dagangan emas untuk catatkan peningkatan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar kembali menyaksikan harga emas mencatatkan kenaikan melepasi zon rintangan 1760.00-1765.00 pada sesi Eropah hari ini.

Semalam telah menyaksikan cubaan kenaikan harga menguji zon tersebut, namun harga susut semula dan berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Mampukah harga meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk keluar dari zon mendatar harga sejak minggu lalu?

Jika kenaikan harga emas berjaya diteruskan, paras rintangan 1780.00 yang berjaya dicapai minggu lalu akan kembali diuji semula.

Melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru emas untuk tempoh 4 minggu dengan jangkaan zon 1800.00 akan menjadi tumpuan.

Sebaliknya jika kenaikan harga kembali mundur semula di bawah zon 1760.00, harga berkemungkinan akan menyambung pergerakan pada zon sideway seperti minggu sebelum ini dengan zon support harga berada pada 1745.00-1740.00.

Sekiranya harga susut lebih rendah di bawah zon support tersebut, harga bakal bergerak pada trend bearish dengan penurunan selanjutnya menuju zon support 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat