Analisis GOLD – Emas Bersinar Terang, Harga Mencanak Ke $2,370

1,178

Peningkatan harga emas pada dagangan penghujung minggu kembali membakar semula keterujaan para pelabur selepas menyaksikan harga mendatar sendu beberapa hari sebelum ini.

Situasi penyusutan US dolar menjadi faktor mencetuskan kebangkitan semula dagangan suram emas susulan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam dengan angka yang merosot.

Namun penganalisis memberi amaran kepada pelabur untuk tetap bersedia menjangkakan kejatuhan semula harga emas sekiranya tumpuan pasaran kembali terarah kepada dasar monetari Federal Reserve (Fed) sebelum ini dengan nada-nada hawkish oleh ahli-ahli FOMC.

Meneliti pergerakan harga yang terjadi pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mula keluar dari zon mendatar sebelum ini.

Setelah mendatar perlahan di atas zon 2300.00, kenaikan harga berlaku semalam melepasi paras 2330.00 yang dicapai di awal minggu.

Harga berjaya capai ketinggian 2345.00 di penghujung dagangan sesi New York.

Dagangan emas terus bersinar pada hari ini (Jumaat) dengan kenaikan harga diteruskan di sesi Asia sehingga bersambung ke sesi Eropah.

Setakat jam 4 petang, harga telah mencapai paras sekitar 2370.00 yang merupakan paras tertinggi 2 minggu.

Jika momentum berjaya dikekalkan, harga berkemungkinan akan menuju semula ke zon 2430.00 yang merupakan rekod tertinggi harga emas pernah capai sepanjang masa.

Paras tertiinggi itu telah dicapai harga pada dagangan 12 April yang lalu.

Namun tidak mustahil untuk harga emas paparkan terjunan semula, lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuan dagangan pada pasaran penghujung minggu.

Penurunan harga jika berlaku dilihat akan kembali semula ke zon mendatar sebelum ini dengan paras tumpuan yang disasarkan untuk diuji harga adalah pada sokongan 2300.00.

Bawah dari paras tersebut akan menjadi isyarat bearish lebih jelas untuk pelabur emas bersedia berdepan kejatuhan lebih parah harga selepas itu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat